KUALA LUMPUR: Terjemahan langsung khutbah Hari Arafah, yang dianggap antara acara terpenting dalam kalendar Islam, kini diperluas dengan memasukkan empat lagi bahasa sebagai tambahan kepada 10 bahasa sedia ada.
Ketua Pengarah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais berkata menerusi inisiatif ini pihaknya berusaha merealisasikan visi kepimpinan Arab Saudi untuk menyampaikan mesej kesederhanaan dan toleransi ke seluruh dunia.
"Ketika terjemahan langsung khutbah Arafat memasuki tahun kelima, inisiatif itu telah diperluaskan untuk merangkumi 14 bahasa", katanya dalam satu sesi meraikan lawatan kumpulan media tempatan ke pejabatnya pada Khamis.
Klip rakaman pengumuman itu dikongsi menerusi akaun Twitter jabatan berkenaan hari ini.
Khutbah Arafah akan disiarkan secara langsung dari Masjid Namira di Arafah, Arab Saudi menerusi stesen-stesen televisyen dan radio tempatan selain tiga aplikasi pintar (Arafat, Haramain dan Manaret Haramain) serta portal jabatan berkenaan.
Terdahulu pada pertengahan Jun, Sudais memberi bayangan akan menambah beberapa lagi bahasa terjemahan untuk teks khutbah Arafah.
Untuk rekod, inisiatif terjemahan Khutbah Arafah telah dimulakan sekitar tahun 2018 dengan hanya lima bahasa: Inggeris, Perancis, Farsi, Bahasa Melayu dan Urdu.
Tahun ini, bahasa Sepanyol, Hindi, Tamil dan Swahili dimasukkan sebagai tambahan kepada bahasa; Cina, Turkiye, Rusia, Hausa dan Bengali.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Khutbah Arafah akan disiarkan secara langsung dari Masjid Namira di Arafah, Arab Saudi menerusi stesen-stesen televisyen dan radio tempatan selain tiga aplikasi pintar serta portal jabatan berkenaan. - Foto FB/Basic Knowledge of Islam

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.

Inisiatif terjemahan Khutbah Arafah ke 10 bahasa, termasuk Bahasa Melayu diteruskan
Ia bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam seluruh dunia, memahami kandungan teks khutbah.