Fungsi utama khutbah Jumaat adalah untuk menasihati dan juga mendidik umat Islam dalam hal seperti bersederhana dalam kehidupan seharian, jauh menyimpang daripada melahirkan umat yang berfahaman ekstrem, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau kecewa dengan tuduhan kononnya khutbah Jumaat digunakan sebagai platform untuk menyemai ekstremisme dalam kalangan umat Islam.
Beliau mengulas catatan seorang peguam dalam laman Twitternya dalam bahasa Inggeris yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat.
"Sebelum sebarang teks ucapan khutbah diedarkan di masjid-masjid setiap negeri, ia disusun oleh panel berkelayakan yang ditugaskan bagi mengarang teks khutbah itu.
"Selain itu, ia perlu melalui tapisan oleh beberapa panel penilai yang terdiri daripada agamawan dalam pelbagai disiplin ilmu berkaitan Islam," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Balai Islam Lundang di sini hari ini.
Mohamad Shukri berkata di negeri ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) melantik 10 anggota panel penilai, bagi menapis setiap teks khutbah sebelum diedarkan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut menyelar tindakan peguam berkenaan dengan berkata kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pihak.
"Khutbah pada setiap Jumaat adalah medium untuk kita (umat Islam) menghayati agama Islam itu sendiri. Khutbah bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelampau agama," kata Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata beliau kesal dengan tindakan peguam itu yang sepatutnya lebih faham tentang undang-undang negara.
"Saya kesal dengan tindakan beliau yang berselindung di sebalik hak asasi untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang negara.
"Sangat wajar untuk beliau dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan," katanya.
Bernama
Tue Jan 13 2015
![Khutbah Jumaat bukan untuk lahirkan golongan ekstrem - Mufti Kelantan Khutbah Jumaat bukan untuk lahirkan golongan ekstrem - Mufti Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/51421141005_295x200.jpg)
Mohamad kecewa dengan tuduhan kononnya khutbah Jumaat digunakan sebagai platform untuk menyemai ekstremisme dalam kalangan umat Islam. - Gambar Fail
![Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638418417_HIV.jpg)
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
![Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737685406_TBimigresen.jpg)
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
![Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
![Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738980809_DBKLDatukSeriDr.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang 'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738978832_sultanpahangsambu.jpg)
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
![Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735374325_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
![Pemimpin politik jangan ekstrem ketika beri pandangan isu agama, kaum - Agong Pemimpin politik jangan ekstrem ketika beri pandangan isu agama, kaum - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712649836_TBagongjpg.jpg)
Pemimpin politik jangan ekstrem ketika beri pandangan isu agama, kaum - Agong
Yang di-Pertuan Agong berharap pemimpin politik di negara ini, tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkenaan isu-isu agama dan perkauman.
![Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610076324_AbuBakarBashir.jpg)
Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini
Guru agama ekstrem dari Indonesia, Abu Bakar Bashir, yang didakwa bersalah mendalangi serangan bom di Bali dibebaskan hari ini.
![PRK Tanjung Piai: Pas sokong MCA, ini sebabnya... PRK Tanjung Piai: Pas sokong MCA, ini sebabnya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61573009057_TBHADIAWANG.jpg)
PRK Tanjung Piai: Pas sokong MCA, ini sebabnya...
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana muafakat tersebut sudah pun menonjolkan kaum Melayu.
![Kongres Maruah Melayu: Jangan pula lahirkan ekstremis bangsa dan agama Kongres Maruah Melayu: Jangan pula lahirkan ekstremis bangsa dan agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570242723_TBKONGRESSMARUAHMEL.jpg)
Kongres Maruah Melayu: Jangan pula lahirkan ekstremis bangsa dan agama
Walaupun tema Melayu akan menjadi kata kunci penting kongres, tetapi diharap ia tidak terpesong daripada matlamat asal sehingga terbentuk satu pemikiran ekstrem.
![Perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum mengikuti jelajah gua Perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum mengikuti jelajah gua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563168311_guarusamiri.jpg)
Perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum mengikuti jelajah gua
Terdapat 100 kali ganda lebih banyak gua yang masih belum diterokai atau diketahui oleh kita secara kolektif.
![Pantau permainan video, elak pengaruh ekstrem Pantau permainan video, elak pengaruh ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552808555_pubg.jpg)
Pantau permainan video, elak pengaruh ekstrem
Antara faktor punca yang sering dikaitkan dengan kegiatan golongan pelampau serta ekstrem ialah melalui permainan video khususnya permainan video yang memiliki unsur negatif.
![Bumi pada tahun lalu catat suhu keempat terpanas dalam rekod global Bumi pada tahun lalu catat suhu keempat terpanas dalam rekod global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81533003198_TBCALIFORNIATERBAKA.jpg)
Bumi pada tahun lalu catat suhu keempat terpanas dalam rekod global
Antara insiden ekstrem pada tahun 2018 termasuk siri kebakaran hutan di California dan Greece, kemarau di Afrika Selatan dan banjir di Kerala, India.
![Lapan ditahan, disyaki terbabit dalam tindakan memudaratkan keselamatan Lapan ditahan, disyaki terbabit dalam tindakan memudaratkan keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81530160205_TanSriMohamdFuzi.jpg)
Lapan ditahan, disyaki terbabit dalam tindakan memudaratkan keselamatan
Mohamad Fuzi berkata kesemua suspek mempunyai hubungan dengan sebuah pusat pengajian Islam di Perlis, sama ada sebagai pelajar, bekas pelajar atau bekas tenaga pengajar.
![Ini trend pelancongan dunia 2018, termasuk khabar lain yang kurang baik Ini trend pelancongan dunia 2018, termasuk khabar lain yang kurang baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496760791_NotreDameCathedral.jpg)
Ini trend pelancongan dunia 2018, termasuk khabar lain yang kurang baik
Ketika ekspo pelancongan terbesar dunia kini berlangsung di Berlin (ITB), pakar industri menghimpunkan beberapa khabar yang tidak semuanya baik.
![Snow On The Sahara, lagu Anggun jadi realiti Snow On The Sahara, lagu Anggun jadi realiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515686402_anggun-sahara-header.jpg)
Snow On The Sahara, lagu Anggun jadi realiti
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak berseloroh tentang keajaiban alam itu dengan judul lagu Anggun, Snow On The Sahara.