Menurut Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan, PgKB II Khir Amir Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 7.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, seramai 28 anggota dan jentera terlibat dalam proses pemadaman.
"Setakat ini tiada mangsa terlibat namun kebakaran mengambil masa untuk dipadamkan kerana bahan yang terbakar ialah karpet di samping asap yang tebal.
“Kebakaran melibatkan kawasan seluas 300 kaki x 500 kaki persegi,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.
Astro AWANI difahamkan, pihak bomba masih sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran kilang karpet tersebut.
BERITA LANJUT MENYUSUL...
