BUKIT MERTAJAM: Tidak hanya beroperasi dalam keadaan kotor, malah sebuah kilang memproses serbuk kopi dan teh di Pekan Lama Bukit Mertajam turut menggunakan logo halal yang meragukan.
Pemeriksaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri Pulau Pinang dalam serbuan Ops Tegar pagi tadi menemui najis serta bangkai tikus di tempat penyimpanan serbuk kopi yang siap diproses.
Berikutan itu kilang yang sudah beroperasi lebih 50 tahun itu diarah tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi kerja-kerja pembersihan.
Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM negeri, Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya juga mendapati kilang berkenaan tidak mengikut peraturan bagi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
Beliau berkata, tindakan pemilik kilang mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan boleh menyebabkan produk makanan yang dikeluarkan tercemar.
“Pemeriksaan pihak kami mendapati terdapat bangkai tikus di bahagian stor, di bahagian end product, itu yang kita jumpa di bahagian bawah.
“Kesalahan lain dari sudut peralatan dan struktur juga tidak mematuhi standard, kita tengok dari segi lantai yang berlopak dan takungan air ini boleh menyebabkan percikan kepada produk-produk dan kemungkinan boleh mencemarkan makanan,” kata Mohd Wazir.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengadakan operasi yang turut dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang serta Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Sementara itu, Mohd Wazir berkata, kilang berkenaan juga tidak mendapat pengiktirafan sijil halal dan tidak boleh menggunakan pelekat logo halal pada mana-mana produknya.
Siasatan BKKM juga mendapati pemilik kilang yang mengedarkan produk kopi dan teh ke seluruh negara turut didapati melanggar syarat Original Equipment Manufacturer (OEM) yang mana pengilang menjual produk kepada pihak lain dan kemudiannya dibungkus dan dilabel oleh pihak lain.
Mohd Wazir berkata, pihaknya turut mengambil sampel produk teh untuk dianalisis sama ada ia mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan atau sebaliknya.
Selain notis penutupan, pihaknya juga mengeluarkan sebanyak tiga kompaun bernilai RM5,000 atas dua kesalahan menggaji pekerja tanpa suntikan tifoid dan satu kesalahan tidak memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) yang sepatutnya.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu May 26 2022

Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan mengadakan serbuan Ops Tegar di sebuah kilang memproses serbuk kopi dan teh di Pekan Lama Bukit Mertajam hari ini. - Gambar Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kilang kopi musnah dalam kebakaran di Taiping
Kilang tersebut musnah terbakar sebanyak 80 peratus dan anggota bomba mengambil masa kira-kira lapan jam bagi memadamkan api.

Kilang kopi di Bukit Mertajam diarah tutup, bangkai tikus ditemui di stor, guna logo halal meragukan
Kilang berkenaan juga tidak mendapat pengiktirafan sijil halal dan tidak boleh menggunakan pelekat logo halal pada mana-mana produknya.