SEBERANG PERAI:Sebuah kilang makanan di Perai dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden pencemaran sungai hingga menyebabkan ribuan ekor ikan di Sungai Perai mati minggu lepas.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung kejadian pencemaran di sungai berkenaan.
Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kilang terbabit melepaskan sisa buangan berwarna putih hasil daripada proses pembuatan serta aktiviti cucian menyebabkan Sungai Perai tercemar.
"Kilang tersebut dikompaun sebanyak RM18,000 kerana kesalahan melepaskan efluen dari kilang ke Sungai Perai dan mereka juga diarahkan untuk menghentikan serta-merta aktiviti tersebut,'' katanya di sini, hari ini.
Sharifah Zakiah berkata tindakan kompaun ke atas kilang tersebut dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Beliau berkata, JAS akan terus meningkatkan pemantauan di sekitar kawasan Sungai Perai.
Dalam pada itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pencemaran boleh membuat aduan ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
Minggu lepas, ribuan ikan ditemui mati dan terdampar di Sungai Perai, sekali gus menggemparkan penduduk di Taman Kimsar yang melaporkan insiden berkenaan kepada JAS.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Feb 17 2021

Kilang terbabit melepaskan sisa buangan berwarna putih hasil daripada proses pembuatan serta aktiviti cucian menyebabkan Sungai Perai tercemar. - Gambar/ JAS
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemandu lori terjunam dalam sungai ditemui lemas
Pemandu lori warga emas yang hilang selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai di sini, pada malam Selasa ditemui lemas.

Kilang makanan dikompaun cemarkan sungai, akibat ribuan ikan mati
Kilang terbabit melepaskan sisa buangan berwarna putih hasil daripada proses pembuatan serta aktiviti cucian menyebabkan Sungai Perai tercemar.