KUALA KANGSAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menyerbu sebuah kilang yang dikesan menjalankan aktiviti peleburan logam secara haram di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Tasek Perkasa dan Kampung Bekor di sini petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata siasatan awal JAS mendapati kilang berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti peleburan logam dengan menggunakan buangan terjadual SW110 (elektrik dan elektrikal) sebagai satu daripada bahan mentah.
"Premis ini kali pertama diserbu sejak beroperasi empat bulan lepas dan didapati tiada dalam senarai lesen sah untuk beroperasi, namun kita masih tidak dapat mengesan pemilik premis dan mengambil pendekatan mengesan pemilik tanah mengikut undang-undang sedia ada.
"JAS telah memantau kilang ini sejak 29 Nov lepas dan mereka hanya beroperasi pada waktu malam bagi mengaburi pihak berkuasa, malah disyaki turut menggajikan pekerja asing apabila terdapat rumah-rumah kongsi di kawasan ini," katanya pada sidang media selepas Op Bersepadu Kilang Haram di Kuala Kangsar semalam.
Operasi bersepadu bermula 4.30 petang dan berakhir kira-kira 7 malam itu dijalankan bersama polis, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Kangsar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Jabatan Imigresen Malaysia Perak dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
Sementara itu, Pengarah JAS Perak Rosli Zul berkata sampel daripada timbunan sisa peleburan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti bahan buangan itu sebelum tindakan lanjut diambil.
"Pihak JAS akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu menjalankan aktiviti tanpa kelulusan JAS dan Seksyen 19 akta sama kerana membina bangunan tanpa kelulusan.
"JAS juga akan menggunakan Seksyen 34A(2) akta sama iaitu tidak mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), malah kita turut akan mengambil tindakan mengikut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-peraturan Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005," katanya.
Beliau berkata pihak PTD pula akan mengenal pasti pemilik tanah untuk menjalankan siasatan lanjut sekali gus mengenal pasti individu yang terlibat mengikut Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Sewaktu serbuan, kilang yang terletak lebih dua kilometer dari jalan utama itu bagaimanapun telah dikosongkan dan hanya meninggalkan peralatan, jentera dan sisa bahan yang telah diproses.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Sewaktu serbuan, kilang yang terletak lebih 2km dari jalan utama itu bagaimanapun telah dikosongkan dan hanya meninggalkan peralatan, jentera dan sisa bahan yang telah diproses. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kilang proses peleburan logam haram diserbu
Ia dipercayai menjalankan aktiviti peleburan logam dengan menggunakan buangan terjadual SW110 sebagai satu daripada bahan mentah.