Seorang pegawai perubatan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, mengalami kesukaran untuk bernafas berikutan paras enzim cholinesterase yang menjaga keseimbangan ototnya amat rendah sehingga membawa kepada kematian.
Pegawai Perubatan Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nur Suraya Jamalludin, 33, yang mengesahkan keputusan ujian cholinesterase terhadap mangsa, berkata kekurangan enzim berkenaan akan menyebabkan paru-paru seseorang individu mengeluarkan bunyi berdehit.
Dr Nur Suraya yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada sesi pemeriksaan utama, berkata melalui keputusan ujian analisis yang diperoleh daripada pegawai sains jabatan sama, beliau mengesahkan bahawa paras enzim cholinesterase Kim Chol berada pada paras tidak normal iaitu 344 unit per liter.
Saksi pendakwaan ke-22 itu menjelaskan, enzim cholinestrase berperanan menjaga keseimbangan pengecutan dan pengenduran otot serta kawalan kelenjar.
Ditanya Wan Shaharuddin sama ada paras rendah enzim berkenaan mengganggu otot mangsa, saksi itu menjawab, "Ya".
"Enzim ini akan menghidrolisiskan kolin yang berada di sektor di hujung saraf supaya pengenduran berlaku dan ia boleh berada dalam keadaan rileks selepas mengecut. Jika paras enzim itu rendah, pengecutan akan berterusan dan seseorang itu akan mengalami kesukaran bernafas.
"Ia juga menyebabkan pengecutan salur pernafasan dan pengeluaran banyak lendir di salur pernafasan menjadikan pernafasan lebih sukar yang membawa kepada kematian," katanya.
Beliau memberi keterangan pada hari ke-21 perbicaraan kes warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, didakwa bersama-sama empat yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Feb lalu.
Dr Nur Suraya berkata selepas mengesahkan keputusan enzim cholinesterase Kim Chol, beliau kemudian menyerahkan keputusan itu kepada pegawai atasannya, iaitu Pakar Patologi Kimia HKL Dr Norashikin Othman.
Sementara itu, Pegawai Sains Forensik HKL, Lai Phoh Soon, 31, yang mengendalikan spesimen darah Kim Chol memberitahu mahkamah bahawa beliau menjalankan proses mengempar darah bagi mendapatkan serum untuk dianalisis.
"Serum adalah lapisan cecair yang mengandungi protein untuk dianalisis," kata saksi pendakwaan ke-20 itu.
Katanya, serum itu kemudian dimasukkan ke dalam botol dan dilabel dengan nama si mati sebelum diserahkan kepada Pegawai Sains di Jabatan Patologi HKL Nurulhuda Kaidar, 31, atas arahan Juru Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik HKL Dr Mohd Shah Mahmood pada 16 Feb lalu.
Semasa pemeriksaan balas, peguam Gooi Soon Seng yang mewakili tertuduh pertama Siti Aisyah bertanyakan saksi sama ada proses mengempar darah perlu dilakukan dalam masa sejam selepas spesimen diterima, Lai menjelaskan, jika spesimen yang diterima tidak disimpan di dalam peti sejuk, ia perlu menjalani proses empar dalam masa sejam, bagaimanapun spesimen yang diterimanya difahamkan disimpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.
Ditanya sama ada tiub mengandungi darah yang diterimanya sebelum proses empar dijalankan perlu disimpan dalam keadaan menegak, saksi itu menjawab, "saya tidak pasti bagaimana Dr Mohd Shah menyimpan tiub itu".
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017

Kim Chol, atau Kim Jong-nam, dibunuh di Balai Pelepasan klia2 pada 9 pagi, 13 Feb lalu. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Kim Chol sukar bernafas sebab paras enzim cholinesterase rendah - doktor
Pegawai Perubatan Jabatan Patologi HKL Dr Nur Suraya Jamalludin berkata, kekurangan enzim cholinesterase akan menyebabkan paru-paru seseorang individu mengeluarkan bunyi berdehit.

Enzim kurang punca otot dan jantung Jong Nam gagal berfungsi - Pakar
Kandungan enzim cholinesterase dalam badan Kim Chol berada tahap rendah berbanding manusia normal.