Kedai Gunting Rambut P.Ramlee di Jalan Dato Undang di sini tidak ada kena mengenai dengan Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee atau keluarga kerana kedai itu milik seorang warga emas berbangsa Cina.
Namun Kedai Gunting Rambut Ah Kim ini diberi jolokan Kedai Gunting Rambut P.Ramlee oleh penduduk setempat dan dimuat naik dalam carian Google di internet kerana pemiliknya merupakan peminat tegar seniman agung itu walaupun telah 46 tahun meninggal dunia.
Apa tidaknya setiap pelanggan akan didendangkan dengan lagu Allahyarham P.Ramlee terutamanya ‘Jangan Tinggal Daku’ dan ‘Getaran Jiwa’ oleh Ng Kim Soi, 75, ketika proses menggunting rambut dengan lontaran suara serta sebutan yang mirip dengan seniman agung itu.
Tidak hairan sekiranya Ng mendapat jolokan sebagai ‘P.Ramlee Rembau’ dalam kalangan penduduk setempat.
"Mana-mana pelanggan yang baharu berkunjung ke kedai saya, mereka akan menganggap saya sebagai orang Melayu kerana suara saya tidak seperti orang Cina termasuk ketika menyanyikan lagu P. Ramlee," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Menjadikan P. Ramlee sebagai ikonnya, Ng mengakui dia mula minat untuk belajar menyanyi mengikut alunan lontaran suara seakan-akan seniman agung itu sejak berusia 16 tahun, di samping kehidupan bersama masyarakat Melayu, menjadikan lagu Melayu tidak asing baginya.
“Ketika itu, saya mengikut semua bait-bait lirik yang dinyanyikan P.Ramlee hanya berbekalkan piring hitam ketika era 60an,” katanya.
Dek kerana sentiasa ‘dahagakan’ lagu dendangan P.Ramlee, beliau juga terpaksa mengikuti perubahan zaman dan mula beralih kepada kaset, kemudian diikuti cakera padat (CD) dan video cakera padat (VCD).
"Zaman dahulu memang susah untuk belajar (kelas) menyanyi, dan saya bermula dari piring hitam, kemudian kaset yang saya pasang ketika menggunting rambut pelanggan dan dalam masa yang sama saya belajar menyanyi.
“Selepas itu beralih pula ke zaman lebih moden, dan saya mula mencari CD dan VCD selain meminjam daripada penduduk kampung untuk saya belajar lagu-lagu P. Ramlee yang masih belum saya dengar dan hafal,” katanya.
Tetapi kini menurut Ng, beliau boleh menikmati lagu dendangan seniman agung itu menerusi carian di internet.
“Ketika ini mudah untuk dicari kerana semua perkara kita boleh dapat dihujung jari. Tekan sahaja P. Ramlee semua keluar di internet," katanya.
Mengimbau kenangan manis, bapa kepada lima orang anak itu berkata beliau pernah menerima undangan untuk menyertai pertandingan menyanyi di Singapura suatu ketika dahulu, namun akibat kesempitan hidup, beliau terpaksa membatalkan hasrat tersebut.
"Saya juga pernah diundang untuk menyanyikan lagu P. Ramlee ketika (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10) Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman masih hidup dan saya amat berbangga kerana dapat menyanyikannya.
“Itu merupakan satu penghargaan tertinggi bagi diri saya," katanya.
Menurutnya lagi, antara lagu kegemarannya ketika mengunting rambut pelanggan adalah 'Jangan Tinggal Daku' dan 'Getaran Jiwa' kerana ia juga merupakan lagu yang sering diminta oleh pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 26 2019

Antara lagu kegemaran Ng ketika mengunting rambut pelanggan adalah 'Jangan Tinggal Daku' dan 'Getaran Jiwa' kerana ia juga merupakan lagu yang sering diminta oleh pelanggan. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis minta henti spekulasi berhubung jenazah warga emas dipercayai mualaf
Polis menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih.

Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.

Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.

Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.

Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.

Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.

Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.

Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.

Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.