Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) menyokong cadangan mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini kerana yakin ia memberi kesan positif.
Presiden KIMMA Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata antara kesan positif itu ialah ia dapat menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
"Ini seterusnya dapat mencapai perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini melalui sistem pendidikan satu aliran yang sistematik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana anjuran Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sembilan dan Masjid India Muslim Seremban di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam bahawa pemimpin semua kaum perlu berbincang sama ada perlu atau tidak mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini.
Mahdzir berkata isu sistem sekolah satu aliran dan kepentingannya terhadap perpaduan nasional perlu difikirkan secara bersama oleh semua kaum negara ini.
Syed Ibrahim berkata sekolah adalah antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu sama tanpa mengira bangsa dan agama.
Sementara itu, beliau berkata KIMMA akan menganjurkan konvoi bermotosikal ke seluruh negara untuk membawa mesej menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"KIMMA akan berdiri teguh di belakang pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam apa jua situasi. Kami (KIMMA) akan terus bersatu hati, bersepadu tenaga untuk pastikan kerajaan yang ada sekarang (BN) terus kekal untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Katanya program itu dijangka diadakan bulan depan dan KIMMA sedang berusaha untuk mengumpulkan 500 buah motosikal untuk tujuan itu.
Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata KIMMA mengagihkan sebanyak 27 ekor lembu untuk Majlis Korban Perdana di seluruh negara termasuk lima ekor untuk Masjid India Muslim Seremban.
"Penganjuran Majlis Korban Perdana ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli KIMMA dan masyarakat setempat," katanya.
Bernama
Sat Sep 26 2015

SYED IBRAHIM: Antara kesan positif itu ialah ia dapat menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. - Foto BERNAMA
15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Ísnin.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
[TERKINI] Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.

PM Thailand arah tindakan keras di seluruh negara terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik (e-rokok).
Israel hantar kereta kebal ke Tebing Barat
Langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan penyerahan tahanan Palestin, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza, dihentikan.
Nenek berusia 73 tahun rugi RM4 juta dalam 3 bulan
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud di aplikasi Facebook, dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Nombu Kanji, resepi warisan India Muslim sempena Ramadan di Pulau Pinang
Nombu Kanji ialah bubur lambuk masyarakat Jawi Peranakan sangat popular di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

Kerajaan bela nasib kaum India Muslim - Waytha Moorthy
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa masyarakat itu bimbang bahawa hak komuniti itu dipinggirkan dan suara mereka tidak diwakili di peringkat kerajaan persekutuan.

Tangkapan insiden kuil kini 102 individu - Mazlan
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata tangkapan terbaharu itu dilakukan di sekitar negeri ini bermula malam semalam sehingga pukul 8 pagi ini.

Insiden kuil: Jumlah tangkapan meningkat kepada 30 orang - Polis
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 24 orang Melayu, satu Cina, tiga India Muslim dan tiga India.

Kerajaan kaji tuntutan komuniti India Muslim sebagai Bumiputera - PM
Bagaimanapun, katanya, soal bagaimana ia dilaksanakan memerlukan kajian lebih mendalam sama ada dari segi pentadbiran atau perwartaan.

Komuniti India Muslim tidak akan dipinggirkan daripada MIB, kata Dr Subramaniam
Beliau berkata ini menunjukkan bahawa parti itu masih mewakili komuniti India Muslim.

Masyarakat India Muslim agen penyatuan Malaysia
Masyarakat India Muslim menjadi komuniti penting di Malaysia sebagai agen perpaduan kaum di Malaysia.

KIMMA sokong sistem sekolah satu aliran
Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) menyokong cadangan mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini kerana yakin ia memberi kesan positif.

Pengiktirafan Bumiputera untuk India-Muslim
Langkah membantu golongan India Muslim mendapat status Bumiputera menuntut kerajaan mengkaji semula definisi Bumiputera.