KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan isu tular membabitkan dirinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.
Mengaku dirinya terlibat dalam insiden berkenaan, kejadian yang tular itu juga, dakwanya, secara tidak langsung telah membuka kepada pendedahan amalan gejala rasuah melibatkan pihak berkuasa terhadap seorang pelancong wanita warga China.
King Sing pada masa sama mempersoal isu siapa sebenarnya yang menyalahgunakan kuasa.
"Saya bersyukur, kerana kehadiran saya di KLIA telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.
“Benar, daripada gambar tular itu, memang ianya saya dan saya juga berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada ketika itu selepas menerima aduan daripada pelancong, untuk memahami keadaan ketibaan pelancong asing ke Malaysia.
"Ini pemantauan biasa bagi seorang menteri untuk turun padang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menceritakan lebih lanjut, King Sing menyatakan wujud permasalahan komunikasi meskipun pelancong asing berkenaan mempunyai dokumen lengkap untuk memasuki negara ini.
“Apa yang berlaku sebenarnya ialah beliau ditahan tanpa diberikan alasan atau sebab beliau ditahan.
“Masalah timbul apabila kedua-dua, pihak pegawai imigresen dan pelancong asing tersebut, mempunyai masalah komunikasi.
“Dimaklumkan bahawa pelancong tersebut telah lengkap segala dokumentasi, namun kegagalan komunikasi kedua-dua pihak menggagalkan pihak Imigresen mendapatkan dokumen yang diperlukan daripada pihaknya.
“Inilah sebabnya saya membangkitkan tentang isu komunikasi ini sejak bulan Mac lagi menerusi inisiatif menyediakan penterjemah bagi pelancong-pelancong asing yang dari kawasan Timur Tengah, China dan India di pintu masuk negara yang bertujuan memudahkan urusan dan proses semasa ketibaan pelancongan asing agar kecekapan pengurusan negara kita dapat dijamin dan dipuji.
“Timbul persoalan, kenapa mereka menolak penterjemah yang telah disediakan oleh pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)?” katanya lagi.
Selain itu, King Sing turut memaklumkan, pihaknya hadir bersama beberapa pegawai integriti di bawah kementeriannya selain menggesa SPRM melakukan operasi besar-besaran di KLIA bagi meneliti realiti sebenar di pintu utama negara.
“Saya turut diberitahu bahawa ada pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.
"Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal.
“Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa.
“Semua maklumat ini akan diserahkan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu masuk negara,” ujarnya.
Menerusi kenyataan itu, King Sing juga menegaskan akan membawa isu berkenaan ke kabinet selain cadangan untuk memansuhkan ejen yang mengendalikan pelancong asing yang ditolak kemasukan dalam negara.
Pada Khamis, gambar kekecohan itu tular di media sosial yang menyatakan menteri terbabit telah menceroboh masuk ke ruang ketibaan antarabangsa tanpa memiliki pas keselamatan.
Hilmi Malik
Fri Jun 30 2023

KING SING: Saya bersyukur, kerana kehadiran saya di KLIA telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah. -Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong
Sistem tebatan banjir sedia ada, ada yang tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak lagi berupaya menjalankan fungsi yang sepatutnya.

Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu
Tiong berkata banjir yang berlaku terlalu besar hingga beliau dan pasukannya telah tidak menang tangan dalam membantu penduduk Bintulu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong.

Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.

MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.

ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Negara-negara blok ASEAN mesti terus menjalin kerjasama erat dalam aspek rentas sempadan sebagai usaha menggalakkan kemasukan lebih pelancong ke negara rantau ini.

Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.

Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.

TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.

VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong
Pemain industri pelancongan digesa supaya bersiap sedia dan meningkatkan perkhidmatan mereka selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.