KUALA NERANG: Kira-kira 1,000 penduduk daripada empat kampung dekat sini mengharapkan pihak berwajib segera membina baharu serta membaik pulih dua jambatan yang menghubungkan kampung berkenaan yang runtuh dan uzur.
Empat kampung itu ialah Kampung Nahan, Kampung Pong Selatan, Kampung Chanding dan Kampung Lamdin.
Seorang penduduk Kampung Nahan, Wichit Soowan, 55, berkata jambatan di Kampung Nahan yang menjadi laluan utama penduduk empat kampung itu untuk ke dusun dan tanah perkuburan Islam telah runtuh sejak 25 Okt tahun lepas sekali gus menyukarkan pergerakan mereka.
"Selepas runtuh ia menjejaskan aktiviti harian penduduk kerana terpaksa menggunakan jalan alternatif sejauh kira-kira lima kilometer.
"Jambatan ini dah 15 tahun, rumah saya antara yang paling dekat dengan tanah perkuburan Islam, tidak sampai 50 meter... sekarang ada orang meninggal dunia pun saya tak tahu, mereka perlu telefon saya untuk maklum kepada kami sekeluarga," katanya ketika ditemui pemberita di kampung itu.
Seorang penduduk Kampung Pong Selatan, Affendi Ramli, 48, pula berharap jambatan yang uzur di kampung berkenaan dapat dibaiki pulih ataupun dibina baharu untuk melancarkan perjalanan mereka keluar mencari rezeki.
"Penduduk kampung ini kebanyakannya buat kerja pertanian yang menggunakan jambatan ini sebagai laluan ke kebun getah dan (ladang) nanas dalam kawasan kampung ini. Bayangkan kalau jambatan ini runtuh, kami penduduk Kampung Pong Selatan akan terputus hubungan untuk keluar masuk," katanya.
Affendi berkata beliau bimbang perkara tidak diingini berlaku sekiranya jambatan uzur itu tidak dibaiki ataupun digantikan segera memandangkan sudah kelihatan retak pada bahagian tengah sekali gus tidak digalakkan untuk kenderaan berat melalui jambatan itu.
"Kalau kita tengok di bawah jambatan ini, sudah nampak ketara retak di bahagian tengah dan mampu menampung kenderaan ringan sahaja. Orang kampung tak berani nak angkut hasil getah dan nanas untuk dijual
"Kalau nak juga terpaksa menggunakan kenderaan yang kecil dengan muatan minimum kerana bimbang jambatan akan runtuh," katanya yang turut memaklumkan telah menghantar permohonan jambatan baharu kepada pihak pejabat penghulu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Kira-kira 1,000 penduduk daripada empat kampung di Kuala Nerang mengharapkan pihak berwajib segera membina baharu serta membaik pulih dua jambatan yang menghubungkan kampung berkenaan yang runtuh dan uzur. - Foto Twitter/Bernama
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Peniaga didakwa lakukan ugutan jenayah, lepaskan tembakan
Seorang peniaga didakwa atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap lima remaja dan melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan

Pekan Kuala Nerang dilanda banjir kilat malam ini
Beberapa kawasan di daerah Padang Terap mengalami banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam malam ini.

UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kira-kira 1,000 penduduk empat kampung dekat Kuala Nerang terjejas jambatan runtuh
Kira-kira 1,000 penduduk daripada empat kampung di Kuala Nerang mengharapkan pihak berwajib segera membina baharu serta membaik pulih dua jambatan yang menghubungkan kampung berkenaan yang runtuh.

KPLB nilai potensi kampung penuhi kriteria Kampung Sejahtera - Mahdzir
Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang mengenal pasti kampung-kampung yang memenuhi kriteria untuk layak dipanggil sebagai Kampung Sejahtera.

Anak-anak Pak Teh Mad pegang amanah teruskan Pusat Pengajian Pondok Ahmadiah
Anak-anak Allahyarham Tok Guru Pak Teh Mad akan pegang amanah teruskan operasi Pusat Pengajian Pondok Ahmadiah.

Tiada pembalakan di kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing - Jabatan Perhutanan
Kekeruhan sumber air itu adalah disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama yang sedang dilaksanakan.

Nama Stadium Ffira Mikah dibatal, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan
Penggunaan nama Ffira Mikah dibuat tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri.

Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai
Guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop di sini, awal pagi tadi.

Normal baharu: Norhayati berkebun tampung perbelanjaan keluarga
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimanfaatkan seorang suri rumah di Kuala Nerang, Kedah dengan bercucuk tanam bersama anggota keluarga.