MELAKA: Kira-kira 20,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka dijangka hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2022, yang akan berlangsung di hadapan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan di Bandar Hilir, di sini, pada 16 Sept ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, persiapan rapi daripada pelbagai aspek bagi menyambut Hari Malaysia 2022, sedang giat dilakukan agar sambutan berkenaan berjalan lancar dan dalam keadaan selesa.
"Melaka merupakan negeri pertama sambutan Hari Malaysia diadakan selain di Sabah dan Sarawak sebelum ini. Justeru kita mengalu-alukan rakyat Melaka dan luar negeri ini, hadir memeriahkan sambutan berkenaan.
"Hari ini saya turun padang untuk meninjau keadaan kawasan serta persiapan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini dan dari segi persiapan dan perancangan sambutan saya berpuas hati dengan kerjasama pelbagai agensi dan kerajaan, khususnya daripada kerajaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Roslan Ariffin.
Mohammad berkata, pelbagai program serta aktiviti menarik akan diadakan sebagai pengisian sambutan Hari Malaysia 2022, selain menarik kedatangan pengunjung.
Beliau berkata antara tetamu kehormat yang dijangka hadir memeriahkan sambutan berkenaan ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Mohammad berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama merupakan media rasmi sambutan Hari Malaysia 2022, selain media swasta lain.
"Sambutan Hari Malaysia 2022 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM dan promosi sambutan berkenaan akan dihebahkan menerusi saluran berkenaan, bagi menarik kedatangan pengunjung," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022

Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, persiapan rapi daripada pelbagai aspek bagi menyambut Hari Malaysia 2022, sedang giat dilakukan agar sambutan berkenaan berjalan lancar dan dalam keadaan selesa. - Gambar BERNAMA

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan'.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.

Imigresen serbu pusat hiburan, tahan 80 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 80 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam tadi.

Bunuh: Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak
Panel tiga hakim turut menjatuhkan hukuman sebatan 12 rotan ke atas tertuduh.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier
Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak.

Dua individu rugi lebih RM400,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan sehingga mengakibatkan kerugian keseluruhan RM414,902.67.

Mantan Timbalan Naib Canselor USM Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia
Bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia hari ini, di kediamannya di Southville City di Dengkil, Selangor.
Tumpuan Jumaat – 7 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Hari Malaysia: Pengunjung digalak pakai busana tradisional, raikan kepelbagaian
Ia bagi meraikan kepelbagaian dan penyatuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum selain dapat mengimbau kembali sejarah negara.

Kira-kira 20,000 pengunjung dijangka meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2022 di Melaka
Sambutan Hari Malaysia 2022 akan berlangsung di hadapan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan di Bandar Hilir pada 16 September.