KUALA NERANG: Kira-kira 400,000 hektar atau 40 peratus daripada keseluruhan ladang getah yang diusahakan pekebun kecil seluruh negara didapati tidak aktif atau tidak menghasilkan pengeluaran getah secara konsisten.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, keseluruhan ladang getah itu membabitkan seramai kira-kira 150,000 pekebun kecil yang mana jika diusahakan secara cekap dan konsisten mampu menjana pengeluaran hasil getah bernilai RM30 bilion.
"Sekarang ini kita menilai ada dalam 40 peratus yang hasilnya tidak konsisten, kejap ada, kejap tidak ada, kejap aktif, kejap tidak aktif, jadi kita hendak menyelaraskan kawasan-kawasan getah yang tidak konsisten ini untuk memastikan pengeluaran terus konsisten untuk meningkatkan hasil.
"Antara punca ladang-ladang getah ini tidak aktif atau pengeluaran tidak konsisten adalah disebabkan tiada orang menoreh, pekebun kecil yang telah berusia dan tiada orang nak menguruskan ladang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pemprosesan Getah Krip dan Projek Transformasi Perusahaan Getah (TARGET) di sini hari ini.
Menurutnya, KPPK dan agensi berkaitan sedang mencari jalan bagi menyelesaikan isu itu, antaranya dengan mewujudkan koperasi di kawasan ladang getah yang dikenalpasti untuk menghimpunkan pekebun kecil di bawah satu entiti.
Katanya menerusi kaedah ini, koperasi yang diwujudkan dapat bertindak menguruskan ladang-ladang getah yang tidak aktif atau tidak konsisten agar pengeluaran getah dapat dioptimumkan.
"Jadi koperasi ini boleh menjelajah dan mengenal pasti ladang-ladang getah di kawasan tersebut dan berbincang dengan pemilik tanah supaya koperasi dapat mengambil alih pengurusan ladang yang tidak aktif ini," jelas Zuraida.
Beliau menambah sekiranya kesemua ladang-ladang getah yang diusahakan pekebun kecil dapat dioptimumkan pengeluarannya, ia dijangka akan meningkatkan hasil eksport getah asli dan produk getah negara melebihi RM71 bilion yang dicatatkan tahun lalu.
Mengulas mengenai pembinaan Pusat Pemprosesan Getah Krip pula, beliau berkata ia bertujuan membantu pekebun kecil meneroka peluang baharu dalam rantaian pengeluaran getah dan memudahkan hasil getah dikumpul dan diedarkan.
Katanya pusat itu akan memproses 'cuplump' (getah sekerap) menjadi getah krip yang boleh dijual pada harga yang lebih tinggi sekali gus membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan berbanding RM1,500 ke RM1,800 dengan menjual 'cuplump'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
![Kira-kira 400,000 hektar ladang getah tidak aktif, pengeluaran tidak konsisten - Zuraida Kira-kira 400,000 hektar ladang getah tidak aktif, pengeluaran tidak konsisten - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647164317_TBtokdettanaman.jpg)
Antara punca ladang-ladang getah ini tidak aktif atau pengeluaran tidak konsisten adalah disebabkan tiada orang menoreh, pekebun kecil yang telah berusia dan tiada orang nak menguruskan ladang. - Gambar fail
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Mayat lelaki ditemukan di ladang getah di Marang Mayat lelaki ditemukan di ladang getah di Marang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739164319_tbladanggetahmaya.jpg)
Mayat lelaki ditemukan di ladang getah di Marang
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tertiarap di sebuah ladang getah di Kampung Kubu di Kuala Terengganu, semalam.
![Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/71480749136_SyedIbrahim.jpg)
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
![Serangan harimau: Penduduk takut ke kebun Serangan harimau: Penduduk takut ke kebun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701423072_TBSeranganjpg.jpg)
Serangan harimau: Penduduk takut ke kebun
Penduduk Kuala Tol mendakwa insiden serangan harimau belang hingga meragut nyawa di penempatan itu tidak pernah berlaku dalam tempoh lima dekad lepas.
![Sultan Johor kecewa segelintir Orang Asli ceroboh hutan simpan Sultan Johor kecewa segelintir Orang Asli ceroboh hutan simpan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678965985_SultanJohorBanjir.jpg)
Sultan Johor kecewa segelintir Orang Asli ceroboh hutan simpan
Sultan Johor menzahirkan kekecewaan berikutan ada segelintir Orang Asli menceroboh kawasan hutan simpan kerajaan untuk dijadikan ladang getah dan sawit besar-besaran.
![Kira-kira 400,000 hektar ladang getah tidak aktif, pengeluaran tidak konsisten - Zuraida Kira-kira 400,000 hektar ladang getah tidak aktif, pengeluaran tidak konsisten - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647164317_TBtokdettanaman.jpg)
Kira-kira 400,000 hektar ladang getah tidak aktif, pengeluaran tidak konsisten - Zuraida
Keseluruhan ladang getah itu membabitkan seramai kira-kira 150,000 pekebun kecil.
![Penunggang motosikal maut dilanggar lori dipercayai mengundur Penunggang motosikal maut dilanggar lori dipercayai mengundur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618875232_KemalanganMautDun.jpg)
Penunggang motosikal maut dilanggar lori dipercayai mengundur
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di kawasan ladang getah berhampiran Kampung Binjai, melibatkan Mohd Sofian Nurudin, 52 tahun, yang berada di belakang lori tersebut.
![Hujan bukan alasan! Penoreh di Kedah raih RM4,000 usaha tanaman cendawan Hujan bukan alasan! Penoreh di Kedah raih RM4,000 usaha tanaman cendawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546684378_TOREH.jpg)
Hujan bukan alasan! Penoreh di Kedah raih RM4,000 usaha tanaman cendawan
Ismail mampu menjana pendapatan tambahan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, di samping pendapatan sebagai penoreh sekitar RM1,000 sebulan.
![Penoreh getah maut terjunam cerun Penoreh getah maut terjunam cerun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528759519_MautCerun.jpg)
Penoreh getah maut terjunam cerun
Kenderaan yang dipandu Mohamad Hassan Abdul Rashid, 56 tahun, dipercayai terbabas menjunam ke dalam cerun sedalam 27 meter.