Kira-kira satu hektar kawasan hutan berhampiran landasan kereta api funikular Bukit Bendera antara stesen bawah dan tengah, dekat sini, mengalami kebakaran, malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Norzaidi Ahmad berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7 malam sebelum sebuah jentera ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, memang terdapat kebakaran kawasan hutan berhampiran landasan keretapi tersebut dan api sedang marak kerana angin kuat, kami menghadapi kesukaran untuk memadam (kebakaran) pada awalnya kerana keadaan bukit yang curam serta tinggi.
"Bagaimanapun, Perbadanan Bukit Bendera (PHC) telah memberi bantuan dan kebenaran untuk menggunakan kereta api ke stesen tengah bagi memudahkan operasi pemadaman kawasan yang terbakar tersebut," katanya di sini.
Beliau berkata pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada terus merebak dalam tempoh 30 minit dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.30 malam dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bendera.
Mohd Norzaidi berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan forensik bomba sedang menjalankan siasatan lanjut.
BACA: Hutan Bukit Bendera terbakar
Sementara itu, Pengurus Besar PHC, Datuk Cheok Lay Leng berkata pujian harus diberikan kepada pasukan bomba kerana bertindak pantas mengawal kebakaran daripada terus merebak di kawasan berhampiran.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dan tidak menghisap rokok atau melakukan pembakaran berdekatan kawasan hutan berkenaan bagi mengelak berlakunya kebakaran pada skala besar.
"Keadaan cuaca kering dan angin kuat sekarang ini akan mempercepatkan api untuk merebak dan menjadikan keadaan bertambah buruk jika berlaku kebakaran" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020
![Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51572106613_JPBM.jpg)
Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada terus merebak dalam tempoh 30 minit.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![99 Tabika KEMAS di Terengganu terjejas banjir 99 Tabika KEMAS di Terengganu terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734340509_TBtabika.jpg)
99 Tabika KEMAS di Terengganu terjejas banjir
Sebanyak 99 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Terengganu terjejas banjir dengan anggaran kerugian RM1 juta.
![196 mangsa terjejas rumah roboh di Semporna - Polis 196 mangsa terjejas rumah roboh di Semporna - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722550678_perkampunganatasai.jpg)
196 mangsa terjejas rumah roboh di Semporna - Polis
Sebanyak 30 rumah roboh iaitu 28 buah membabitkan 190 mangsa tempatan manakala dua lagi didiami enam warga asing.
![Banjir: Kuala Kedah sekali lagi dinaiki air pasang besar Banjir: Kuala Kedah sekali lagi dinaiki air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669256028_AirPasang.jpg)
Banjir: Kuala Kedah sekali lagi dinaiki air pasang besar
Tiada rumah dan premis perniagaan yang terjejas dan keadaan kembali terkawal selepas air mulai surut satu jam kemudian.
![Pentas festival roboh akibat angin kuat, 1 maut Pentas festival roboh akibat angin kuat, 1 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660433296_MedusaFestival.jpg)
Pentas festival roboh akibat angin kuat, 1 maut
Pihak penganjur telah mengarahkan tapak festival tersebut dikosongkan susulan angin kuat, sekali gus menggantung sementara acara berkenaan.
![2 cedera ribut rosakkan 7 khemah di CAC Klang - Polis 2 cedera ribut rosakkan 7 khemah di CAC Klang - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628345977_Ributrosakkankhe.jpg)
2 cedera ribut rosakkan 7 khemah di CAC Klang - Polis
Tujuh daripada 12 khemah di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klang di Dewan Serbaguna, Jalan Pekeliling, Pelabuhan Klang dekat sini rosak dalam kejadian ribut pada 11.30 pagi hari ini.
![Tokyo 2020: Ombak ganas, angin kencang ganggu prestasi pelayar negara Tokyo 2020: Ombak ganas, angin kencang ganggu prestasi pelayar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627601848_TBpelayar.jpg)
Tokyo 2020: Ombak ganas, angin kencang ganggu prestasi pelayar negara
Dalam perlumbaan ketiga di Teluk Enoshima, wakil negara bermula baik menamatkan saingan 21 pasukan itu di tangga ke-18.
![Kereta, rumah dihempap pokok tumbang Kereta, rumah dihempap pokok tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618265016_pokoktumbang.jpg)
Kereta, rumah dihempap pokok tumbang
Seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.
![Puting beliung rosakkan 14 rumah, masjid di Yan Puting beliung rosakkan 14 rumah, masjid di Yan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616593873_Putingbeliung.jpg)
Puting beliung rosakkan 14 rumah, masjid di Yan
Dalam kejadidan kira-kira jam 3 petang itu, sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan puting beliung dan banyak cermin tingkap kediamannya itu pecah.
![5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah 5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615125384_Bomba.jpg)
5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.
![Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51572106613_JPBM.jpg)
Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7 malam sebelum sebuah jentera ke lokasi kejadian.