Tiada siapa menduga, kehidupan seorang anggota bomba berubah 360 darjah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Julai 2018.
Abdul Manan Anyut, 30 tahun, bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, kehilangan separuh tempurung kepala akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya.
Kisah tragis Abdul Manan dikongsi tunangnya, Fatin Nur Affira Yusof, 27 tahun, menerusi entri laman sosial di twitter @atengsepet hingga mendapat perhatian netizen.
Menerusi entri itu, gambar Abdul Manan mencuri perhatian apabila memperlihatkan separuh kepalanya tanpa tempurung hingga menimbulkan rasa simpati.
Kata Fatin, tunangnya itu terpaksa hidup tanpa tempurung selama enam bulan malah lebih kerana perlu menunggu keputusan dari hospital bagi menggantikan tempurung baharu.
Ketika ini, Abdul Manan mendapat cuti sakit selama tiga bulan sebelum memulakan tugas sebagai anggota bomba.
Mengimbau kisah itu, Fatin berkata, dia menelefon Abdul Manan pada malam kejadian namun dijawab oleh seorang wanita dipercayai doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
"Keadaan dia waktu itu agresif dan pihak hospital terpaksa mengikat kaki dan tangan. Malah paling menyedihkan, dia (Manan) hilang ingatan termasuk tidak kenal saya, rakan balai bomba dan keluarganya," katanya.
Akibat kemalangan itu, kepala Abdul Manan mengalami pendarahan teruk kerana hentakan kuat dan perlu melakukan pembedahan.
"Doktor memberitahu, tiada pilihan lain terpaksa membuang tempurung bagi mengurangkan tekanan kepada otak.
"Kami mahukan apa yang terbaik, asalkan dia pulih, itu sudah melegakan. Dan akhirnya pembedahan dilakukan dan syukur ia berjalan dengan lancar," katanya pembedahan mengambil masa enam jam.
Tambah Fatin, hampir seminggu ditempatkan di HSA, Abdul Manan dibenarkan pulang dan menerima rawatan susulan.
"Selepas empat hingga lima hari keluar hospital, saya membawa dia ke balai bomba tempatnya bekerja, ternyata dia masih mengingati tugasnya sebelum ini berbanding ketika di hospital dia memberitahu bekerja sebagai guru.
"Saya sangat gembira melihat perkembangan dia dan bersyukur ALLAH S.W.T. memberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan," katanya yang bertugas sebagai penyelam komersial.
Dalam pada itu, maklum balas netizen, memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan mereka malah turut menyatakan lelaki tersebut sangat bertuah kerana memiliki wanita yang setia meskipun berada dalam kesulitan.
Pengkongsian kisah cinta sejati itu telah mendapat 7,268 retweets dan 4,244 tanda suka dari netizen.
Sinar Harian
Wed Aug 29 2018

Peningkatan productiviti tetapi upah tidak setimpal - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji mempunyai kaitan dengan peningkatan produktiviti di negara luar tetapi di Malaysia produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Untuk menaikkan produktiviti, peningkatan kemahiran seperti TVET, perkenalkan beberapa disiplin baharu seperti AI dan teknologi baru di universiti dan pusat latihan. #AWANInews

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KWSP: Rekod dividen yang sama antara konvensional dan syariah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat meyakinkan umat Islam tentang simpanan syariah dan tidak ada dasar yang mewajibkan tapi menggalakkan tentang perbankan. Umat Islam juga harus diberi penjelasan tentang perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan. #AWANInews

Kisah tragis abang bomba tiada tempurung kepala
Tiada siapa menduga, kehidupan seorang anggota bomba berubah 360 darjah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Julai 2018.