KOTA BHARU: "Kita akui Kelantan ada masalah air dan tidak pernah nafikan perkara itu," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Bagaimanapun beliau mengingatkan masyarakat bahawa kerajaan negeri kini sedang dalam proses menukar 4,000 kilometer paip air di seluruh negeri.
Beliau memberitahu, pelaksanaan itu tidak boleh diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.
"Perlu diingatkan kita sedang berusaha mengatasi masalah ini. Ia belum selesai 100 peratus tetapi sudah menunjukkan perkembangan yang baik.
"Ada kawasan yang dahulu tiada air kini sudah menerima bekalan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa ke-52 Peringkat Negeri Kelantan 2023 di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Yusoff menerima kritikan kerana didakwa menggunakan pili bomba untuk menyalurkan bekalan kepada penduduk yang memerlukan.
Bagaimanapun Siti Zailah menafikan beliau mencuri air daripada pili bomba, sebaliknya bekalan itu merupakan saliran daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan sudah mendapat kebenaran syarikat terbabit.
Mengulas lanjut, Mohd Amar memberitahu, pemasangan atau penggantian paip akan mengambil masa lama untuk siap sepenuhnya selain memerlukan kewangan yang cukup.
"Kajian terkini kita memerlukan RM7 bilion untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi kita juga memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan," katanya.
Ketika ditanya mengenai cadangan 'poster boy' di Kelantan, Mohd Amar yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, perkara itu tidak penting tetapi paling utama ialah kemenangan Pas.
"Kelantan kini sedang memberi fokus supaya dapat mempertahankan kemenangan Pas di negeri ini. Poster boy itu cerita lain, yang penting menang dulu," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 08 2023
!['Kita akui Kelantan ada masalah air' - Mohd Amar 'Kita akui Kelantan ada masalah air' - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683538103_TBAMARNIKABDULLAH.jpg)
Mohd Amar memberitahu, pemasangan atau penggantian paip akan mengambil masa lama untuk siap sepenuhnya selain memerlukan kewangan yang cukup. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737926454_PerakFC.jpg)
Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.
![264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi 264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737352713_FahmiFadzil.jpg)
264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.
![Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734698014_MohamedFadzliHassa.jpg)
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709874678_hujanlebat.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
![Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733984268_TBPAHANG.jpg)
Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
![Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735365413_senjataapidadah.jpg)
Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.
![Remaja 17 tahun parah, motosikal berlanggar dengan MPV polis Remaja 17 tahun parah, motosikal berlanggar dengan MPV polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734683244_Remajatahunpara.jpg)
Remaja 17 tahun parah, motosikal berlanggar dengan MPV polis
Seorang remaja berusia 17 tahun parah apabila motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan kereta peronda polis yang menggelak anjing melintas di Kilometer 10 Jalan Jeli-Dabong di Jeli pada Khamis.
![113 kampung di empat daerah di Kelantan dijangka terjejas banjir 113 kampung di empat daerah di Kelantan dijangka terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734411013_TBmetmalaysia.jpg)
113 kampung di empat daerah di Kelantan dijangka terjejas banjir
Empat daerah terlibat ialah Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu, membabitkan kampung di kawasan rendah, 5km dari Sungai Kelantan.
![Hujan berterusan tiga hari dijangka melanda empat negeri bermula Isnin - MetMalaysia Hujan berterusan tiga hari dijangka melanda empat negeri bermula Isnin - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732359849_hujanlebat.jpg)
Hujan berterusan tiga hari dijangka melanda empat negeri bermula Isnin - MetMalaysia
Keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu, manakala Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Perak (Hulu Perak).
![Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734273182_pertandinganluncur.jpg)
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.