KOTA KINABALU: Penambahan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak merupakan satu pengiktirafan kepada kedua-dua negeri itu yang membantu dalam usaha pembentukan Malaysia.
Menyambut baik syor tersebut Timbalan Ketua Menteri Sabah II, Datuk Seri Jeffrey Kitingan juga tidak menolak kemungkinan jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri dipilih daripada pemimpin Sabah dan Sarawak.
"Saya harap begitulah sebab penambahan kerusi itu menggambarkan perkongsian dalam penubuhan Malaysia iaitu perkongsian oleh tiga wilayah Semanjung, Sabah dan Sarawak.
"Sebab itu, kita harap satu hari nanti (jawatan) perdana menteri, timbalan boleh datang dari Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung isu tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak yang dibincangkan dalam mesyuarat kelima MKMA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
Selain itu, Jeffrey turut berpandangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus bersetuju jika syor 35 peratus itu dikembalikan kepada Sabah.
"SPR kena akur kepada aspirasi rakyat dan aspirasi politik serta keadaan semasa.
"Jadi sebab itu saya percaya visi SPR yang bijak dan praktikal serta menerima apa yang patut. Saya percaya mereka akan bersetuju," katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sudah mengenal pasti calon yang akan diletakkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Malah, beliau memberi bayangan akan mempertahankan kerusi Parlimen Keningau pada PRU nanti.
Mirlen Axtius
Mon Sep 12 2022

Jeffrey turut berpandangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus bersetuju jika syor 35 peratus itu dikembalikan kepada Sabah.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tambah kerusi Parlimen: Kami bukan 'demanding', tetapi itu yang dijanjikan - Masidi Manjun
Pemimpin Sabah dan Sarawak bukan bersikap 'demanding' terhadap tuntutan satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

"Kita harap satu hari nanti jawatan PM, TPM dari Sabah dan Sarawak" - Jeffrey
Penambahan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak merupakan satu pengiktirafan kepada kedua-dua negeri itu yang membantu dalam usaha pembentukan Malaysia.