Sifat berselisih dan bertelingkah serta saling menjatuhkan sesama bangsa Melayu mendapat perhatian isteri kepada Presiden UMNO, Datin Seri Hamidah Khamis.
Dalam satu pesanan suara yang dikongsi kepada pengamal media oleh Hamidah hari ini, beliau meluahkan rasa terkilan terhadap sikap menuding jari sesama sendiri dalam kalangan pucuk pimpinan.
“Kita Melayu memusuhi Melayu. Kita Melayu meruntuhi Melayu. Bercakaran sesama Melayu. Bangsa dan agama hancur," luahnya.
Tambahnya lagi, pemimpin sebelumnya sudah hidup dalam keluarga berusia 61 tahun yang berjenamakan UMNO, namun persoalannya: "Mengapa perlu dilenyapkan parti itu?"
Tambahnya lagi, kerajaan hari ini sepatutnya meneruskan sahaja perjuangan sedia ada yang pastinya ada kurang dan lebih.
"Adalah lebih elok diatasi dengan baik tanpa menuding jari mencari kesilapan," ujarnya lagi.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil pada 11 Oktober lalu bagi membantu siasatan atas dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan dan telah diberikan notis serah diri untuk hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.
Eka Roslee
Thu Oct 18 2018
Datin Seri Hamidah Khamis menyeru ahli parti UMNO agar terus menyokong presiden parti berkenaan - Facebook
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Penyokong Ahmad Zahid berkumpul di SPRM
Kumpulan yang diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam mula berkumpul sejak pukul 8.00 malam dan antara mereka memakai baju kemeja-T berwarna jingga bertulis 'Lokap SPRM'.
Ahmad Zahid enggan diikat jamin, rela bermalam di lokap SPRM - Isteri
Perkara itu dimaklumkan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis ketika ditemui pemberita di pekarangan bangunan SPRM.
Kita Melayu meruntuhi Melayu... bercakaran sesama Melayu - Isteri Zahid
Dalam warkah buat rakyat Malaysia oleh isteri Presiden UMNO, Datin Seri Hamidah khamis hari ini meluahkan rasa terkilan.
Nurul Izzah perlu sedar siapa sebenarnya lawan Anwar - Rizal Mansor
Keadaan Anwar dalam era tentangan terhadap Mahathir dan Najib sangat jauh berbeza.
Ahmad Zahid, isteri ziarah Anwar di HKL
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis meluangkan masa menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.
Zahid tiba di Malta untuk hadiri mesyuarat CHOGM
imbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini pada Jumaat untuk menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-24.