SEIRING dengan pertambahan usia, Awi Rafael nekad untuk berhijrah menjadi lebih baik, selepas ini.
Malah, selebriti berusia 32 tahun ini turut menyifatkan tahun 2018 sebagai tahun hijrahnya.
Rentetan itu, pelantun lagu Bila Aku Jatuh Cinta ini bersedia untuk melalui proses transformasi sama ada berbentuk peribadi mahupun muzik.
"Saya mahu hijrah ke arah yang lebih baik. Sampai bila kita nak rock & roll?
"Lagipun, kita semua semakin berusia dan saya pun belajar untuk mendekatkan diri pada agama," katanya pada Sinar Harian selepas pengumuman peserta bagi program realiti, Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2).
Awi yang juga komposer dikenali menerusi genre muzik pop dan balada turut tersenarai sebagai salah seorang peserta GGV2.
Selain Awi, peserta lain yang terlibat adalah kumpulan Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah, Heliza & Hazwani (pasangan duo), Adeep Nahar, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.
"Saya sangat berterima kasih dengan tawaran yang diberikan.
"Jujurnya, saya tak ada masalah untuk sertainya kerana semua pun tahu saya dah mula menulis lagu-lagu yang berunsur ke arah ketuhanan.
"Kiranya, penyertaan saya sebagai satu inisiatif baharu dalam menarik minat generasi muda melalui pembawaan lagu yang lebih moden," katanya.
Namun, penyanyi lagu Manusia Sempurna ini mengakui akan terus kekal menjadi diri sendiri.
"Apa-apa pun, saya tetap jadi diri sendiri. Saya ada cara tersendiri.
"Lagipun, Islam sendiri tak judge (menghukum) berdasarkan dari luaran tapi intinya menerusi lagu-lagu yang disampaikan.
"Insya-ALLAH, saya akan perbaharui diri saya dengan muzik melalui GGV2. Saya harap peminat akan terus menyokong saya," katanya.
GGV2 akan dipancarkan secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu jam 9 malam, mulai 31 Mac ini.
Ia juga akan bersiaran langsung menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Dalam perkembangan lain, Awi bakal melancarkan album terbaharunya, Euphoria yang memuatkan lapan lagu.
Lebih istimewa, album itu turut diselitkan lagu yang dicipta khas buat tunang tersayang iaitu pelakon popular, Atikah Suhaimie.
"Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia.
"Selain itu, saya juga ada berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi lain seperti Altimet dan Yasin," katanya.
Sinar Harian
Thu Mar 29 2018
Awi yang juga komposer dikenali menerusi genre muzik pop dan balada turut tersenarai sebagai salah seorang peserta GGV2. - Foto Sinar Harian
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
ACLE: AFC anggap cipta impak besar, Arif Aiman kekal rendah diri
Pemain sayap lincah berkenaan memilih untuk merendah diri dan memberikan kredit penuh buat pasukannya.
Kerajaan negeri Perak sambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour
Malaysia Quran Hour yang dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Ahad memasuki edisi keenam, dan dianjurkan setiap 30 Ogos sejak 2015.
Media sosial mula banjir dengan #PencetusUmmah
Mimbar Pencetus Ummah 2 bakal memulakan siarannya pada malam ini di Astro Oasis dan Astro Maya HD.