ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tekad untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Israel adalah negara penjenayah perang.
Erdogan berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan ribu rakyat Turkiye yang berhimpun dalam solidarity “Great Palestine Rally’ yang diadakan di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.
Beliau juga lantang mengkritik sikap hipokrit kuasa Barat yang memberikan sokongan kepada Israel selain media mereka yang membenarkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas Gaza.
Erdogan menegaskan, sikap pilih kasih ini dilakukan Barat kerana rasa bersalah mereka terhadap kekejaman yang dilakukan mereka terhadap kaum Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
“Turkiye tidak mempunyai masalah untuk menyatakan pendirian mengenai apa yang berlaku di Gaza kerana kita tidak terhutang budi kepada Israel.
"Ini berbeza dengan kuasa Barat yang sentiasa terhutang budi dengan negara Zionis itu kerana kekejaman yang pernah mereka lakukan dahulu," ujarnya.
Ketika pembunuh beramai-ramai sedang dilakukan tentera zionis di Gaza, Erdogan mempersoalkan berapa ramai lagi nyawa kanak-kanak, wanita dan warga emas yang perlu dikorbankan sebelum gencatan senjata dapat dilakukan.
“Ketika Turkiye sedang dalam persiapan menyambut ulang tahun penubuhan Republik Turkiye yang ke-100 esok (Ahad), kita tetap berduka cita dengan apa yang dialami rakyat di Gaza," tegasnya.
Perhimpunan raksasa yang dilakukan di Istanbul ini menyaksikan solidariti rakyat Turkiye dari pelbagai latar belakang termasuk selebriti Yusof Islam.
Sehingga kini sekurang kurangnya 7,326 rakyat Palestin dibunuh tentera Zionis di mana 70 peratus daripadanya merupakan wanita dan kanak kanak.
Dzulfitri Yusop
Sat Oct 28 2023
![‘Kita tunjukkan pada dunia Israel adalah penjenayah perang’ - Presiden Turki ‘Kita tunjukkan pada dunia Israel adalah penjenayah perang’ - Presiden Turki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698510760_TayyipErdogan.jpg)
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata negaranya tekad untuk menunjukkan kepada dunia bahawa negara Israel adalah negara penjenayah perang. - Foto REUTERS
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
Kedudukan 25 negara teratas sukar, kecuali reformasi drastik
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
![Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739261538_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
![Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259519_nelayan.jpg)
Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
![Presiden Turkiye akan runding dengan pemimpin Rusia, Ukraine tamatkan konflik Presiden Turkiye akan runding dengan pemimpin Rusia, Ukraine tamatkan konflik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670602220_TurkeyErdogan.jpg)
Presiden Turkiye akan runding dengan pemimpin Rusia, Ukraine tamatkan konflik
Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata Turkiye meneruskan usahanya untuk menyelesaikan konflik Rusia-Ukraine.