MUSIBAH banjir yang melanda lapan buah negeri terutama di kawasan Lembah Klang dan Selangor sejak 18 Disember lalu meninggalkan kesan besar kepada masyarakat dan negara.
Ramai lagi penduduk yang ditimpa bencana ini dan terpaksa mengerah kudrat membersihkan kediaman dan kedai mereka. Keperitannya bukan alang-kepalang.
Luar biasa impaknya.
Sejak dari hari pertama negara dihurung duka akibat bencana itu, pelbagai bantuan disalurkan bukan sahaja dalam bentuk barangan, bahkan tenaga, masa dan wang ringgit.
Tanpa mengira status, latar belakang bangsa atau agama, masing-masing dari pelbagai pelusuk negara menghulurkan bantuan ke Ground Zero.
Semangat dan iltizam rakyat Malaysia menyerlahkan kekuatan masyarakat di akar umbi. 'Kita Jaga Kita' menjadi mantra yang terus menyala.
Esok, hari terakhir untuk tahun 2021. Esok juga, masuk dua minggu banjir luar jangka telah mengheret warga kita bergelut memulih serta membina semula kehidupan terutama mereka di lapan negeri yang dilanda banjir.
Sebagai penutup tirai tahun 2021, Astro AWANI di ambang tahun baharu, membawa anda melangkah ke tahun 2022 dengan semangat bangkit semula membina kehidupan lebih baik.
Bersama merasai kegigihan membina semula kehidupan, semangat itu menjadi obor untuk semua menanam azam baharu, impian baharu, matlamat dan semangat yang baharu.
Kita reset!
Astro Awani
Thu Dec 30 2021
Esok, beberapa program "signature" Astro AWANI akan bersiaran dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat di Selangor. - Foto Astro AWANI
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
#KitaReset: Ayuh mula 2022 dengan semangat bangkit, bina kehidupan lebih baik
Penyampai berita dan kru Astro AWANI akan "turun padang" dan bersiaran dari lokasi banjir di Hulu Langat, Selangor pada Jumaat.