KUCHING: Acara tahunan Rainforest World Music Festival (RWMF) edisi ke-27 akan kembali memeriahkan suasana di Kampung Budaya Sarawak di sini dari 28 hingga 30 Jun ini dengan tema "Evolusi".
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata artis legenda yang pernah memenangi anugerah Grammy dan Golden Globe, Kitaro adalah antara yang akan untuk membuat persembahan di festival itu nanti.
"Artis yang terkenal dengan muzik instrumental elektronik itu menjanjikan satu persembahan yang memukau lagi mempesonakan bagi penampilan sulungnya di festival ini.
"Kitaro sering dianggap sebagai salah seorang artis yang menampilkan persembahan muzik paling menonjol dalam muzik era baharu. Dia boleh bermain kira-kira 50 alat muzik dan mempunyai koleksi alat muzik tradisional yang banyak dari seluruh dunia," katanya dalam sidang media selepas pelancaran RWMF 2024 di sini hari ini.
Selain Kotaro, artis yang akan turut memeriahkan lagi RWMF tahun ini ialah Datuk Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu hitnya 'Hijau' sejak lebih tiga dekad.
Abdul Karim berkata pelbagai pilihan tiket untuk menyaksikan RWMF 2024 ditawarkan khusus bagi memenuhi keperluan setiap peminat dari pelbagai lapisan masyarakat, daripada pas tiga hari berharga RM635 untuk dewasa, memberikan akses kepada keseluruhan acara hujung minggu acara itu, kepada pas sehari untuk orang dewasa yang menawarkan harga kepada mereka yang terawal pada RM235, prajualan pada RM283, dan jualan pintu pada RM333.
"Kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun boleh menyertai keseronokan persembahan dengan pas sehari berharga RM80, manakala bagi kanak-kanak bawah tiga tahun kemasukan adalah percuma," katanya.
Sebanyak 20 persembahan terdiri daripada 68 pemuzik antarabangsa dari 14 negara bersama 63 artis Malaysia akan membuat persembahan di RWMF 2024 itu nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024

Artis legenda yang pernah memenangi anugerah Grammy dan Golden Globe, Kitaro adalah antara yang akan untuk membuat persembahan di festival itu nanti. -Wikipedia

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

RWMF 2024 tak gagal, berhibur dalam hutan hijau
Edisi RWMF kali ini, menampilkan 68 pemuzik antarabangsa dari 15 negara serta 63 artis tempatan.

RWMF 2024: Kitaro, legenda yang tidak mahu berhenti belajar mencipta muzik
Dengan lebih 24 album terhasil sejak 1977, legenda berusia 71 tahun itu merasakan proses pembelajaran itu tidak pernah terhenti.

Alunan muzik Kitaro, getaran vokal Zainal Abidin di RWMF 2024
Sesuai dengan tema, barisan pemuzik yang dibawakan termasuk Kitaro, artis Jepun yang terkenal dengan alunan muzik instrumental-elektronik.

Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.

Kitaro antara artis yang akan meriahkan RWMF 2024
Artis legenda yang pernah memenangi anugerah Grammy dan Golden Globe, Kitaro adalah antara yang akan untuk membuat persembahan di festival itu nanti.