TEMERLOH: Kerajaan Pahang sedia mengkaji cadangan menjadikan Temerloh sebagai hab permotoran termasuk membina litar di daerah itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata beberapa perkara perlu diteliti terlebih dahulu termasuk dari aspek lokasi dan tanah sebelum ia dilaksanakan pada masa akan datang.
"Kalau tak ada masalah dan kita mempunyai tapak untuk buat projek litar dan sebagainya kita akan laksanakan, tetapi kena ada kajian serta perbincangan lanjut selain perlu lalui proses tertentu.
"Buat masa ini, daerah Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung dilihat sesuai untuk dijadikan hab permotoran termasuk membina litar untuk aktiviti tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh 2023 di Dataran Temerloh di sini hari ini.
Karnival dua hari itu, yang antara lain bertujuan mengumpulkan peminat dunia permotoran serta memberi kesedaran jalan raya, menurutnya telah mendapat sambutan yang baik apabila merekodkan lebih 15,000 kehadiran pengunjung.
Justeru, Wan Rosdy mencadangkan program julung kali diadakan itu diteruskan pada tahun hadapan dan kerajaan negeri sedia memberi sokongan kepada acara yang melibatkan golongan muda negeri itu.
"Program ini kita akan jadikan acara tahunan di Temerloh dan dalam masa sama saya minta ia turut dilaksanakan di daerah lain kerana mendapat sambutan...program ini dapat mewujudkan silaturahim dalam kalangan mereka (golongan muda)," katanya
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa cakna dan peka terhadap golongan muda, misalnya Belanjawan Pahang 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM720,000 iaitu RM200 seorang bagi membantu anak Pahang berusia 18 hingga 21 tahun mengambil lesen memandu.
"Saya juga ingin nasihatkan supaya orang muda ambil lesen dan memandu secara berhemah serta berdisiplin di jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023

Kerajaan Pahang sedia mengkaji cadangan menjadikan Temerloh sebagai hab permotoran termasuk membina litar di daerah itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.