KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dengan kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejas serta merosakkan moral masyarakat.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata sekatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu turut melibatkan laman sesawang yang digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk mempromosi produk seks serta laman berunsur seks songsang.
Beliau berkata sejumlah 7,097 laman sedemikian telah dikenakan tindakan sekatan bagi tempoh 2018 hingga 30 Nov lepas dan tindakan serupa akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kes penyalahgunaan media sosial.
"KKD komited dan memandang serius dalam membendung kes penyalahgunaan media sosial di pelbagai peranti yang boleh menyalahi undang-undang negara termasuklah kandungan atau iklan yang berunsurkan seks dan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
"Selain pemantauan terhadap sebarang tindakan atau kandungan yang bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), langkah membendung kes sebegitu juga disusuli dengan tindakan penurunan kandungan, penguatkuasaan dan pendakwaan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Fahmi berkata dalam usaha menangani penyebaran kandungan lucah di media sosial, MCMC turut menjalin kerjasama dengan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram dan TikTok.
Beliau berkata kerjasama itu menyaksikan sejumlah 599 kandungan berunsur lucah diturunkan dalam tempoh awal tahun ini hingga 30 Nov lepas dengan platform Instagram merekodkan jumlah tertinggi iaitu 107, diikuti Facebook (54), Telegram (44), X (18), TikTok (lapan) dan lain-lain (368).
Fahmi juga berkata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang dalam usaha mengenal pasti rakan digitalisasi tempatan yang berupaya menyediakan khidmat sokongan serta konsultasi kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Beliau berkata ia adalah antara usaha menyediakan akses kepada platform dan penyelesaian digital seperti yang diterap dalam pelaksanaan Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) yang diperkenal tahun ini.
"MDEC juga sedang berusaha menggalakkan rakan digitalisasi untuk menawarkan teknologi dan penyelesaian digital secara kaedah 'freemium' iaitu PMKS boleh mengguna pakai teknologi serta penyelesaian digital yang asas secara percuma.
"PMKS hanya perlu mengemukakan pembayaran apabila ingin menggunakan penyelesaian tersebut secara sepenuhnya," katanya.
Fahmi berkata kaedah itu akan membantu PMKS mengenal pasti manfaat teknologi dan penyelesaian digital kepada perniagaan mereka serta mampu meningkatkan lagi tahap penggunaan dalam kalangan mereka.
Berhubung usaha memperbanyak hebahan mengenai inisiatif kerajaan dan penyediaan infografik yang mudah difahami rakyat, beliau berkata KKD antara lain menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menghasil dan menerbitkan laporan berita selain infografik mengenai program serta bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat.
Beliau berkata hebahan juga merangkumi penghasilan berita mengenai perkembangan ekonomi negara, analisis pakar serta forum atau diskusi menerusi pelbagai rancangan televisyen dan radio untuk meningkatkan pemahaman rakyat terhadap isu ekonomi, kos sara hidup, inflasi dan subsidi.
"Kesemua laporan berita, infografik dan program terbabit adalah bersumberkan pihak berautoriti seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta pihak-pihak lain yang berkepentingan," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika menghadiri Sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

KKD sekat platform media sosial rosak moral masyarakat secara berterusan - Fahmi
KKD secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dengan kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejas serta merosakkan moral masyarakat.

Berbaki kurang 4 peratus untuk Malaysia capai sasaran liputan 5G - Fahmi
Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencapai 76.1 peratus setakat 30 Nov lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

KKD bincangkan kerjasama hasilkan filem Malaysia mengenai kesedaran tentang penipuan
Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata filem seperti itu dijangka diterbitkan oleh pengeluar filem tempatan yang akan bekerjasama dengan Finas dan PDRM.

Program Solidariti Palestin, manifestasi sokongan KKD terhadap rakyat Palestin
Penasihat PCKKD berbangga dengan penganjuran program julung kali diadakan dan berharap inisiatif itu turut menjadi contoh kepada agensi lain.

KKD panggil penyedia aplikasi media sosial bincang isu iklan jelik
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terlibat.

KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.

Kerajaan kaji keperluan lesen penyedia platform besar Google, Meta, TikTok
Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk melesenkan atau mendaftarkan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.

Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.

22 syarikat produksi terima insentif tayangan filem hampir RM2 juta
ITFC merupakan inisiatif KKD melalui Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan.

Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.