KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersifat terbuka untuk mewujudkan satu lagi akta khusus bagi menangani kegiatan buli siber yang dilihat semakin serius sehingga mengakibatkan kes bunuh diri di negara ini.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, buat masa ini kes buli siber merupakan satu jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia, manakala punca kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk kes berkaitan pula di bawah Seksyen 233, Akta SKMM 1998.
Bermula 1 Januari hingga 15 November tahun ini, beliau berkata, SKMM dengan kerjasama pengendali platform media sosial telah menurunkan keseluruhan 1,145 kandungan yang bersifat buli siber, dengan jumlah tertinggi dari Tiktok (804), diikuti Facebook (195), Instagram (9), Youtube (9), X (7), dan lain-lain (123).
“Saya amat bersetuju pandangan Yang Berhormat bahawa buli siber, khasnya melibatkan remaja bukanlah sesuatu isu yang remeh temeh. Jadi saya menerima dengan hati terbuka cadangan bahawa satu akta khusus boleh diwujudkan untuk menangani buli siber.
“Saya akan membawa balik cadangan tersebut, dan berbincang dengan pemegang taruh lain, tengok mana Kementerian yang sesuai untuk membawa akta tersebut,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN - Masjid Tanah) yang mahu tahu keperluan untuk mewujudkan akta khusus berkenaan buli siber, selepas laporan antarabangsa menyebut Malaysia di kedudukan kedua rantau Asia Pasifik, dan keenam dunia tentang aktiviti tersebut.
Terdahulu, menjawab soalan asal Mas Ermieyati, Nie Ching berkata, SKMM juga dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan dan pihak yang berkepentingan yang terlibat, secara berterusan menjalankan advokasi kepada pengguna melalui pelbagai platform.
Ia termasuk portal Sebenarnya.my, Klik dengan Bijak, hebahan SMS, media sosial, siaran TV dan Radio bagi memupuk kesedaran dan kewaspadaan orang ramai termasuk golongan warga emas, remaja dan kanak-kanak berkenaan risiko dan modus operandi buli siber.
“Melalui kerjasama dengan UNICEF (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), MCMC telah mengadakan seminar perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam talian untuk ahli akademik, pengamal media dan mereka yang berkepentingan.
“SKMM telah bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan di Malaysia iaitu CelcomDigi, UMobile, Maxis, Telekom Malaysia (TM) dan TIME dalam menyediakan kemudahan yang dikenali sebagai Parental ControlTools,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Nov 27 2023

Kementerian Komunikasi dan Digital terbuka untuk mewujudkan satu lagi akta khusus bagi menangani kegiatan buli siber, kata Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching. - Gambar Jabatan Penerangan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

Platform fail aduan, cabar tindakan turunkan kandungan media sosial akan diwujudkan
Pengguna media sosial boleh mempertahankan kandungan mereka melalui tribunal yang disediakan.

Liputan rangkaian 5G capai 82.4 peratus setakat Disember
Capaian liputan rangkaian 5G di negara ini mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk setakat Disember lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu - Teo Nie Ching
Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini.

MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.

IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.

JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.

100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.

Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.

Tujuh lagi NADI akan beroperasi di Sabah tahun depan - Teo
Tujuh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan mula beroperasi di Sabah pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.