KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan terus memberi sokongan dan berusaha membuka ruang yang luas kepada industri animasi tempatan untuk terus berkembang, berikutan pencapaian cemerlangnya dalam bidang animasi dan kandungan digital ketika ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata sokongan itu boleh dijayakan menerusi pelaksanaan program-program bakat, geran sokongan, penyertaan ke festival animasi dan inisiatif pemadanan perniagaan.
"KKD menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga telah mengambil inisiatif untuk menyediakan rangkaian bagi semua filem animasi yang memenangi anugerah dan terbitan tempatan, manakala Golden Screen Cinemas (GSC) menyediakan peluang kepada filem animasi pendek untuk ditayangkan kepada umum.
"Saya amat bangga melihat ada filem animasi Malaysia kita diiktiraf di peringkat global melalui pelbagai anugerah antarabangsa," katanya dalam ucapan perasmian semasa tayangan khas Festival Filem Animasi Malaysia (MAFF) 2023, di sini semalam.
Mengenai sesi tayangan khas MAFF, beliau berkata acara itu meraikan bakat-bakat cemerlang dalam industri animasi tempatan, dan menyaksikan filem pendek animasi Malaysia pertama yang memenangi anugerah untuk ditampilkan dan dinikmati orang ramai dengan lebih meluas.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pencipta kandungan yang telah menghantar karya-karya mereka ke festival global dan berkongsi kisah kejayaan Malaysia dengan dunia," tambahnya.
GSC dengan kerjasama MDEC melalui platform Kre8tif! melancarkan MAFF semalam untuk membuka peluang bagi pencipta kandungan digital dan pembuat filem, kepada platform untuk mempamerkan kisah mereka, sejajar dengan matlamat negara untuk meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kandungan digital.
MAFF 2023 mengetengahkan karya-karya pengusaha animasi tempatan dengan penampilan barisan filem-filem animasi pendek, ditayangkan GSC dari 5 Okt hingga 25 Okt ini.
Peminat sertra pembikin filem yang berminat, boleh menyaksikan tayang barisan filem pendek yang menarik seperti The Muralz oleh Jeremy Lee, Kuihpocalypse oleh Han F, Pillar of Strength oleh Aie Ibrahim dan Framed Memories oleh Mclelun Lee, dengan harga tiket RM15.
Turut hadir ketua pegawai eksekutif MDEC Mahadzir Aziz dan ketua pegawai eksekutif GSC Koh Mei Lee.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023

Mohamad Fauzi menyampaikan ucapan ketika Tayangan Festival Filem Animasi Malaysia (MAFF) 2023 di pawagam GSC MyTown, Kuala Lumpur, 30 Sept 2023. --fotoBERNAMA
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

KKD terus beri sokongan, peluang kepada industri animasi tempatan berkembang
Sokongan itu boleh dijayakan menerusi pelaksanaan program-program bakat, geran sokongan dan penyertaan ke festival animasi.