KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak akan mengekang kebebasan pengamal media di negara ini untuk melaporkan berita.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata bagaimanapun kebebasan itu seharusnya dimanfaatkan berlandaskan kepada syarat lesen dan undang-undang negara ini.
Beliau berkata perkara itu penting untuk dipatuhi semua pengamal media bagi mengelakkan penyebaran fitnah dan juga maklumat tidak sahih.
"Peringatan kepada semua pengamal media juga orang awam, kita (KKD) tidak kekang atau halang hak media untuk membuat sebarang laporan, hak media untuk menulis.
"Tapi kekangannya pertama ialah dari segi syarat yang terkandung di dalam lesen dan kedua adalah undang-undang sedia ada di negara ini yang perlu dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan drama bersiri 26 episod bertajuk Cyber999 bagi siaran RTM di Angkasapuri hari ini.
Media baru-baru ini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka kertas siasatan terhadap stesen televisyen Awesome TV kerana kegagalan mematuhi peraturan lesen susulan satu laporan berita yang disifatkan sebagai tidak benar.
Sementara itu, mengulas mengenai situasi banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini, Fahmi berkata beliau telah mengarahkan SKMM supaya memastikan capaian Internet yang baik di setiap pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau berkata pemantauan rapi juga dibuat bagi mengenal pasti mana-mana menara telekomunikasi yang terkesan akibat banjir untuk segera dibaik pulih.
"Kita perlu teliti dan segera kerana isu yang kita lihat ialah tempat yang mungkin sebelum ini tidak berlaku banjir tetapi kali ini dinaiki air," katanya.
Setakat pagi ini dilaporkan seramai 27,467 mangsa banjir ditempatkan di PPS di lima negeri iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Fahmi berkata, kebebasan itu seharusnya dimanfaatkan berlandaskan kepada syarat lesen dan undang-undang negara ini. - fotoBERNAMA
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Program Kampung Angkat Madani tingkatkan kualiti hidup masyarakat desa
Kementerian Komunikasi menerusi program Kampung Angkat Madani menaik taraf fasiliti di Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.
Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala - Fahmi
Hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia yang berakhir semalam, memperkukuh hubungan dua hala dan memberi lonjakan untuk pertumbuhan ekonomi.
Malaysia terajui usaha ASEAN rangka urus tadbir digital, telekomunikasi - Fahmi
Fahmi turut menyatakan cita-cita Malaysia untuk mengetuai dialog global tentang mengemudi peningkatan kesalinghubungan yang semakin rumit.
IRC 2025: Malaysia tekankan keseimbangan antara inovasi dan perlindungan pengguna
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meneroka cabaran dalam menuju revolusi digital yang selamat dan mampan.
Telegram dapat lesen penyedia media sosial - Fahmi Fadzil
Kelulusan itu menjadikan ia penyedia ketiga yang diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi, selepas TikTok dan WeChat.
RUU588: Mengekang atau melindungi?
RUU 588 tidak bertujuan menyekat kebebasan media atau kreativiti pengamal media, tetapi lebih kepada melindungi rakyat daripada penyalahgunaan platform digital.
MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.
Lebih 52 peratus pengguna nikmati akses 5G - Fahmi
Malaysia mencatatkan perkembangan yang amat positif dalam pelaksanaan teknologi 5G dengan lebih 52 peratus pengguna kini menikmati akses.