BALING: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperkenalkan Program Komuniti Sejahtera (PKS) yang berkonsepkan perkongsian keuntungan dalam bentuk pulangan dividen bagi membantu masyarakat luar bandar menjana pendapatan atau mencipta pendapatan sampingan.
Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Harun berkata projek rintis program itu telah dilaksanakan di sini, dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dilantik sebagai agensi pelaksana, manakala sebuah syarikat perniagaan dipilih sebagai pengendali program itu.
"Sebuah restoran iaitu D'Sara Fried Chicken di Baling telah dilantik sebagai agensi pengendali dengan jumlah peruntukan RM300,000. Jumlah bilangan penerima manfaat bagi projek ini adalah 30 orang dari seluruh negeri.
"Penerima manfaat terdiri daripada kumpulan sasar iaitu golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) yang akan menerima manfaat dividen daripada keuntungan restoran itu untuk tempoh dua tahun," katanya semasa berucap merasmikan PKS Restoran D'Sara Fried Chicken dan penyampaian bantuan projek ekonomi KEDA di sini semalam.
Beliau berkata program tersebut bertujuan meningkatkan pendapatan keluarga miskin dan berpendapatan rendah seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Tambah beliau pelaksanaan projek rintis program PKS di restoran berkenaan bermula seawal tahun lepas sebelum mula beroperasi pada November lepas.
"Komitmen pelaksanaan program ini adalah selama dua tahun dengan modal RM10,000 kepada setiap penerima manfaat akan memberi pulangan RM12,000. Lebihan pulangan inilah merupakan perkongsian keuntungan yang dimeterai bersama agensi pengendali yang telah dilantik," katanya.
Beliau berharap penerima yang dipilih menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin dan berusaha dengan lebih gigih agar pendapatan mereka dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Ramlan berkata sebanyak tujuh daripada 30 projek pembangunan KEDA pada tahun ini menjurus ke arah pembangunan ekonomi luar bandar yang melibatkan peruntukan RM30 juta.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Kedah Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan Pengurus Besar KEDA Datuk Kamarudin Abd Akib.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Ramlan (tengah) merasmikan PKS Restoran D'Sara Fried Chicken dan menyampaikan bantuan projek ekonomi KEDA pada satu majlis di Baling, 9 Mei 2023. - Foto BERNAMA.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Ahmad Zahid cadang penilaian pihak ketiga untuk inisiatif KKDW
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata cadangan itu bagi memastikan setiap tindakan yang diambil KKDW benar-benar memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid
KKDW gariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini.

RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid
RISDA telah diminta untuk memperbanyak pusat pengumpulan getah di seluruh negara antara lain bagi menambah pendapatan pekebun kecil.

14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.

Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.

Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini
Prestasi itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini apabila semuanya berjaya merekodkan hasil positif pada tahun ini.

KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.