SEREMBAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
KKDW dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara bantuan berkenaan ialah Bantuan Keseluruhan Program Pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Peringkat Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Jun ini berjumlah RM12.3 juta kepada 5,729 pekebun kecil.
Selain itu, RM277,000 pula menerusi FELCRA Berhad dengan RM190,000 kepada enam penerima Program Premis Perniagaan manakala Program Agro Pertanian dan Fertigasi kepada 20 penerima sebanyak RM87,000
"KKDW menerusi Bantuan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) turut menyerahkan RM188,000 kepada dua penerima," menurut kenyataan itu.
Bantuan berkenaan diberikan pada program Sentuhan Kasih Desa (SKD) Negeri Sembilan di Dataran Nilai, dekat sini hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut kenyataan itu, program SKD itu akan diadakan di lima negeri selepas ini iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu sekali gus memberi peluang kepada kerajaan mendengar suara hati rakyat secara dekat serta menawarkan pelbagai inisiatif kementerian kepada rakyat.
Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan KUD@NS Fest yang turut diadakan bermula 22 Jun hingga esok mengetengahkan 12 usahawan desa di Arena Usahawan merangkumi sektor pemakanan, perkhidmatan dan tekstil.
Program berkenaan turut menyediakan ruang kepada usahawan luar bandar dalam memasarkan produk jualan melalui jualan langsung, pemadanan dan rancangan perniagaan selain mempromosikan produk dan perkhidmatan luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023
![KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687597923_TBSentuhanKasihDesa.jpg)
Bantuan berkenaan diberikan pada program SKD Negeri Sembilan di Dataran Nilai yang dirasmikan Anwar. - Gambar Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Ahmad Zahid cadang penilaian pihak ketiga untuk inisiatif KKDW Ahmad Zahid cadang penilaian pihak ketiga untuk inisiatif KKDW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737215445_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid cadang penilaian pihak ketiga untuk inisiatif KKDW
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata cadangan itu bagi memastikan setiap tindakan yang diambil KKDW benar-benar memenuhi keperluan dan harapan rakyat.
![KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733954806_ZahidHamiditimbal.jpg)
KKDW garis empat fokus utama hala tuju 2025 - Ahmad Zahid
KKDW gariskan empat fokus utama iaitu pembangunan modal insan, keusahawanan, ekonomi dan reformasi birokrasi sebagai tunjang hala tujunya tahun ini.
![RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734611277_ZahidHamidi.jpg)
RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid
RISDA telah diminta untuk memperbanyak pusat pengumpulan getah di seluruh negara antara lain bagi menambah pendapatan pekebun kecil.
![14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW 14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734441083_tbStreetlights.jpg)
14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
![KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734169418_DatukRubiahWang.jpg)
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
![Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731505404_ZalihaMustafa.jpg)
Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.
![Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730270040_KKDW.jpg)
Semua syarikat agensi KKDW rekod keuntungan tahun ini
Prestasi itu jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini apabila semuanya berjaya merekodkan hasil positif pada tahun ini.
![KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724077862_ZahidHamidi.jpg)
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.
![Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
![RISDA cadang tubuh tabung perkasa komuniti pekebun kecil getah RISDA cadang tubuh tabung perkasa komuniti pekebun kecil getah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719660318_RISDA.jpg)
RISDA cadang tubuh tabung perkasa komuniti pekebun kecil getah
RISDA akan mencadangkan kepada KKDW penubuhan tabung khas bagi memperkasakan kemakmuran lebih 500,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.