KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), telah mengadakan operasi serbuan khas di beberapa kawasan bagi menyiasat aktiviti penjualan serta pengedaran produk yang didakwa sebagai air zam zam.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata hasil daripada operasi yang dijalankan di ibu kota pada Jumaat lepas, seorang individu didapati menjual produk air zam zam secara tidak sah di premis perniagaan persendirian.
Beliau berkata serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Pejabat Kesihatan Cheras itu telah menyita sebanyak 83 botol atau 41.5 liter produk air zam zam bernilai RM2,075.
"Di samping itu, satu Notis Kompaun telah dikeluarkan kepada individu yang terlibat dengan nilai RM3,000.00 disebabkan kesalahan di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Dr Muhammad Radzi berkata satu serbuan khas dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut dijalankan pada Isnin lepas di Petaling Jaya dan sebanyak 10 botol (5 liter) air zam zam bernilai RM1,600 telah dirampas dengan satu notis kesalahan di bawah peraturan sama dikeluarkan.
Selain itu, beliau berkata hasil aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan sejak 2012 hingga kini, nilai rampasan air zam zam adalah berjumlah RM83,618.20 dan 32 iklan berkaitan penjualan produk itu telah dipadamkan daripada pelbagai platform e-dagang.
Katanya, hasil pemantauan di media sosial sejak 2021 hingga kini, sebanyak 63 iklan air zam zam telah dipadamkan daripada platform itu.
"Air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.
""Dalam kes ini, didapati Kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan," katanya.
Justeru, Dr Muhammad Radzi menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan membeli produk air zam zam di pasaran tempatan kerana dikhuatiri tiruan, selain melarang penjualan air zam zam di semua platform sama ada secara fizikal mahupun secara dalam talian.
"Mana-mana peniaga atau pengedar yang masih mempunyai stok air zam zam tersebut diarahkan untuk menghentikan serta merta penjualan dan seterusnya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini diminta menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau menyalurkan aduan menerusi laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata hasil daripada operasi yang dijalankan di ibu kota pada Jumaat lepas, seorang individu didapati menjual produk air zam zam secara tidak sah di premis perniagaan persendirian. - BERNAMA
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Khazanah: Nisbah pelaburan di Malaysia akan kekal lebih 60 peratus
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan berkata, portfolio dana kekayaan berdaulat itu akan memastikan nisbah pelaburannya kekal melebihi 60 peratus di Malaysia. Pihaknya juga akan sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelaburan dengan sewajarnya untuk mencapai pulangan optimum berdasarkan pendedahan risiko semasa.
Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.
KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Kematian Dr Tay: Tiada insiden buli seperti didakwa - Pasukan Petugas Khas
Siasatan dapati mendiang alami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.