SEREMBAN: Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa akan memperbaiki pemberian insentif yang berkait dengan perkhidmatan kesihatan kepada individu penderma darah di negara ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ini termasuklah seperti mendapatkan rawatan di wad kelas dua atau pun keutamaan pemberian untuk rawatan tertentu, kepada mereka yang terbabit.
"...Tidak bercadang untuk memberikan insentif tunai, mungkin selepas ini boleh diperluaskan bukan hanya daripada segi perkhidmatan rawatan, mungkin insentif kesihatan pencegahan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Lenggeng di sini hari ini.
Sementara itu, Khairy berkata penambahan Kad Derma darah sebagai ciri baharu dalam MySejahtera mendapat sambutan baik oleh orang ramai, khususnya dalam kalangan penderma darah.
"Mereka tidak perlu lagi membawa kad mereka, hari ini kita keluarkan sebagai kad digital namun selepas ini penambahbaikkan seterusnya adalah rekod, setiap kali derma darah, kita akan masukkan rekod dan mereka tidak perlu bawa buku merah lagi," katanya.
Terdahulu Khairy berkata klinik tersebut dilengkapi pelbagai perkhidmatan kesihatan dapat dimanfaatkan lebih 10,000 penduduk setempat sekitar Lenggeng bermula 17 Okt ini, bagi mengantikan klinik lama yang dibina pada 1955.
Beliau berkata klinik tersebut menawarkan perkhidmatan kesihatan pesakit luar, penyakit tidak berjangkit, kesihatan ibu dan anak, kesihatan wanita, pakar kesihatan keluarga, kesihatan sekolah, farmasi, makmal, ambulans dan rawatan kecemasan, promosi kesihatan dan pencegahan serta saringan bersepadu.
"Pembinaan Klinik Kesihatan Lenggeng ini diharap dapat membantu penduduk di Lenggeng serta kawasan sekitar seperti Ulu Beranang dan Broga, bagi mendapatkan rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang lebih banyak, selesa serta berdekatan dengan kediaman," katanya.
Katanya lebih banyak perkhidmatan dapat disediakan termasuk dietetik, sains pemakanan, rehabilitasi, perkhidmatan farmasi tambahan seperti 'Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic' (DMTAC) dan pertambahan perkhidmatan pergigian.
Khairy berkata sebagai persediaan untuk perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh, KKM bersetuju sebuah mesin X-ray dibekalkan di klinik ini yang melibatkan kos kira-kira RM1 juta, termasuk bagi kerja pengubahsuaian ruang klinik untuk menempatkan mesin X-ray tersebut.
"Perkhidmatan X-ray ini akan memberikan manfaat kepada kira-kira 14,650 populasi penduduk setempat, khususnya saringan untuk kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas. Selain itu, perkhidmatan X-ray tersebut juga nanti dapat digunakan untuk membuat saringan ke atas para tahanan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, yang menempatkan sehingga 1,300 orang," katanya.
Beliau berkata kemudahan ini akan berupaya mengekang isu penyakit berjangkit seperti Tibi dan mengelakkan pergerakan keluar daerah, selain mempercepatkan perawatan kes kecemasan kerana Klinik Kesihatan Lenggeng merupakan klinik 'oncall'.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

hairy berkata penambahan Kad Derma darah sebagai ciri baharu dalam MySejahtera mendapat sambutan baik oleh orang ramai, khususnya dalam kalangan penderma darah. - Gambar fail

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.