PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) bercadang memulakan ujian klinikal bagi mengkaji keberkesanan Ivermectin sebagai prophylaxis ke atas kontak rapat pesakit COVID-19 bagi mencegah peserta dijangkiti wabak itu, seawal bulan hadapan.
Pengarah ICR Dr Kalairasu M. Periasamy berkata kajian yang diberi nama Randomised, Double Blind, Placebo Controlled Clinical Trial of Ivermectin For Post Exposure Prophylaxis For COVID-19 Infection Among Close Contacts (I-CPEP), menyasarkan seramai 300 peserta berusia 18 tahun ke atas yang merupakan kontak rapat ke atas pesakit COVID-19, di empat negeri terpilih membabitkan 10 fasiliti kesihatan di beberapa daerah di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.
"Para peserta akan diminta menjalani ujian calitan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) sebanyak dua kali iaitu sebelum kajian dilaksana dan pada hari kelapan kajian.
"Individu ini akan diperhatikan semasa mereka menjalani kuarantin sama seperti garis panduan dikeluarkan KKM untuk kuarantin kontak rapat. Mereka juga akan diberi Ivermectin pada hari pertama dan hari kedua sepanjang tempoh kuarantin," katanya semasa Sesi Libat Urus Media Secara Maya: Kajian Keberkesanan Rawatan Ivermectin Dalam Penyakit COVID-19 Di Kalangan Pesakit Berisiko, hari ini.
Turut sama dalam sesi libat urus ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) merangkap moderator untuk sesi berkenaan, Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim dan Ketua Penyelidik, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Dr Steven Lim Chee Loon.
Dr Kalairasu bagaimanapun berkata pihaknya masih menunggu kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk melaksanakan kajian klinikal ini.
"Kajian klinikal ini akan dihentikan selepas kami menerima jumlah sampel yang diperlukan iaitu seramai 300 orang," katanya.
Sebelum ini, KKM telah membuat kajian keberkesanan rawatan Ivermectin kepada 500 pesakit COVID-19 berisiko tinggi dan hasil kajian merumuskan kaedah rawatan menggunakan Ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada kerana ia tidak mengurangkan risiko jangkitan tahap teruk.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021

Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) masih menunggu kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). - Gambar fail/ Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ivermectin tidak berkesan cegah gejala teruk COVID-19 - Kajian penyelidik Malaysia
Kumpulan penyelidik Malaysia dipetik sebagai berkata, penemuan mereka itu sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19.

KKM cadang laksana kajian klinikal guna Ivermectin ke atas kontak rapat COVID-19
Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) masih menunggu kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk melaksanakan kajian klinikal ini.

Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham
Keputusan itu dikeluarkan susulan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-Tech) ke atas 500 pesakit COVID-19 melibatkan kategori 2 atau 3.

Keputusan kajian Ivermectin akan dibentangkan minggu hadapan
Khairy berkata kajian tempatan berkaitan ubat tersebut sudah selesai dan keputusan sudah diperolehi.

Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan
Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.

Penggunaan Ivermectin hanya untuk tujuan ujian klinikal - MPS
KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.

Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen PH dikritik desak guna Ivermectin rawat COVID-19
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dikiritik pengamal perubatan dan netizen kerana mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.

Penggunaan Ivermectin: Tunggu keputusan ujian klinikal KKM - Pakar kesihatan
sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan evidence-based medicine, dan KKM dijangka mengeluarkan keputusan berhubung ujian klinikal Ivermectin pada September ini.