KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menggerakkan 56 pasukan dengan pelbagai bidang kepakaran perubatan bagi tujuan bantuan bencana banjir ke negeri-negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli berkata pasukan terlibat terdiri daripada pasukan perubatan, pasukan kesihatan dan pasukan bantuan awal psikologi (PFA).
"Sebanyak 12 pasukan telah dimobilisasikan terlebih dahulu ke negeri Kelantan dan kesemua pasukan yang dimobilisasi telah dihantar bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut beliau, antara petugas yang dimobilasikan adalah pegawai perubatan, jururawat dan pembantu perawatan kesihatan.
Dr Norhayati berkata tugas utama pasukan perubatan adalah untuk memeriksa, merawat dan merekod bilangan pesakit di PPS dan menghantar reten ke bilik gerakan untuk tujuan pemantauan.
"Pasukan ini juga akan mengesan kes kecemasan yang berada di PPS untuk dilakukan rujukan segera ke hospital untuk tujuan rawatan lebih efektif.
"Mereka ini juga perlu melaporkan kepada bilik gerakan banjir tentang kejadian kes penyakit berjangkit yang berlaku di PPS untuk tindakan langkah-langkah kawalan bagi mengekang jangkitan demi mengelak kejadian wabak," katanya.
Bagi pasukan kesihatan pula, Dr Norhayati berkata mereka ditugaskan memeriksa dan memantau kebersihan tempat, peralatan penyediaan makanan, kebersihan pengendalian makanan dan kualiti air minum di PPS.
"Kehadiran dan tempat pembiakan lipas, lalat dan tikus juga diperiksa termasuk melakukan kerja-kerja pelupusan tempat pembiakan serta penyiasatan kes penyakit berjangkit juga dilakukan sebagai langkah pencegahan," katanya.
Beliau berkata pasukan PFA pula akan menjalankan sesi PFA seperti teknik relaksasi, terapi seni dan psikologi pendidikan untuk mangsa-mangsa yang mungkin terkesan dari segi mental dan emosi menghadapi keadaan banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Kementerian Kesihatan menggerakkan 56 pasukan dengan pelbagai bidang kepakaran perubatan bagi tujuan bantuan bencana banjir ke negeri-negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu. - Gambar fail/BERNAMA
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
AWANI Ringkas: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Kematian Dr Tay: Tiada insiden buli seperti didakwa - Pasukan Petugas Khas
Siasatan dapati mendiang alami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Sistem Waktu Bekerja Berlainan usaha tingkat kebajikan petugas kesihatan - Dr Dzulkefly
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.