KUALA LUMPUR : Seramai 700 individu dikenal pasti menjadi kontak rapat kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka terdiri daripada 603 pelajar, guru (59) dan kakitangan sekolah (38).
“Kontak rapat dalam kalangan murid dimasukkan ke stesen kuarantin iaitu di Institut Aminuddin Baki dan Institut Latihan Islam Malaysia.
“Kontak rapat dalam kalangan guru dan kakitangan pula dikuarantin di rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, KKM turut mengambil langkah pencegahan dengan mengarahkan sekolah berkenaan ditutup sementara.
Arahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi.
Tambah Dr Noor Hisham, KKM juga telah mengadakan taklimat serta penerangan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.
Setakat ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah menjalankan saringan terhadap 973 individu dan telah mengesan 135 kes baharu positif COVID-19 dalam kalangan warga sekolah berkenaan.
Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan kes di sekolah tersebut sebanyak 143 kes.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan 65 pelajar SSP dikesan positif COVID-19 selepas seorang guru disahkan dijangkiti virus itu.
Hilmi Malik
Fri Dec 03 2021
Dr Noor Hisham berkata, kontak rapat terbabit terdiri daripada 603 pelajar, guru (59) dan kakitangan sekolah (38). - Gambar/ Bernama
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KKM kenal pasti 700 kontak rapat kes positif COVID-19 Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Seramai 700 individu dikenal pasti menjadi kontak rapat kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya.
Bekas kerani bank mengaku palsu dokumen, tipu pelanggan
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Dakwaan kartel dalam PDRM: Tak perlu lapor, terpulang kepada menteri - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid menjelaskan bahawa pendedahannya sebelum ini sekadar mahu membuka mata pegawai lain.
Pemuda 21 tahun menang cabutan istimewa BSN SSP bernilai RM1 juta
Pemuda dari Kelantan menang cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium yang membawa pulang RM1 juta.
Bekalan air Lembah Klang pulih, semua loji rawatan kembali beroperasi
Bacaan 0 TON dicapai sebanyak tiga kali setakat awal pagi tadi.
Ganjaran RM20 juta ditawarkan buat penyimpan BSN
Bank Simpan Nasional meneruskan kempen cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang menawarkan hadiah berjumlah RM20 juta dalam kempen -Pencarian Diteruskan! 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan
MRT nafi jalankan sebarang aktiviti di Kompleks Beli-Belah Ampang Park
Walaupun MRT Corp akan mengambil kompleks beli-belah itu bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), proses mengambil balik tanah masih berjalan dan belum selesai.
RM20 juta menanti penyimpan bertuah BSN SSP untuk 2018
Cabutan BSN SSP diteruskan dengan jumlah keseluruhan hadiah ditingkatkan kepada RM20 juta untuk edisi tahun depan.
Penjaja hampir pengsan jadi jutawan segera
Seorang penjaja makanan dari Johor mengakui hampir pengsan apabila diberitahu terpilih sebagai pemenang RM 1 juta dalam Cabutan BSN SSP.
Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sedang disempurnakan - Najib
Perdana menteri berkata usaha kerajaan Barisan Nasional tidak terhenti dengan siapnya laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang telah dibuka sepenuhnya bulan lepas.