PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan tinjauan kesihatan mulut untuk orang dewasa di seluruh negara bagi data kesihatan pergigian serta bebanan penyakit pergigian dalam kalangan warganegara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanakan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2020: Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa 2020 (NOHSA) itu dilaksanakan selama empat bulan sejak Jun lepas.
NHMS 2020: NOHSA 2020 akan melibatkan lawatan ke rumah-rumah terpilih dan dijangka melibatkan 23,000 responden berumur 15 tahun dan ke atas daripada 11,300 buah rumah.
"Sebanyak 65 buah pasukan pemeriksa telah dibentuk khusus bagi tinjauan ini untuk aktiviti pengumpulan data melibatkan temu ramah dan pemeriksaan mulut yang merangkumi pemeriksaan gigi, gusi dan lesi mulut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata aktiviti NHMS 2020: NOHSA 2020 sebenarnya telah dirancang pelaksanaannya pada 2020 tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara pada masa tersebut.
Tinjauan NHMS 2020: NOHSA 2020 adalah kerjasama antara Program Kesihatan Pergigian KKM dengan Institut Kesihatan Umum (IKU) KKM, iaitu kaji selidik kesihatan pergigian orang dewasa yang keempat dan dijalankan secara berkala setiap 10 tahun.
Dr Noor Hisham berkata antara penemuan utama tinjauan terakhir pada 2010 menunjukkan beban penyakit pergigian yang tinggi dalam kalangan penduduk Malaysia berumur 15 tahun ke atas iaitu 88.9 peratus mempunyai karies pergigian dan 94.0 peratus mengalami penyakit gusi.
Rentetan dapatan tinjauan itu, Pelan Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2011-2020 telah menggariskan pelbagai inisiatif dan program pencegahan bagi mengatasi masalah tersebut, katanya.
Beliau berkata hasil tinjauan itu akan digunakan bagi menilai keberkesanan dan impak ke atas inisiatif serta program-program kesihatan pergigian yang telah dilaksanakan di seluruh negara.
"Hasil tinjauan ini juga akan dijadikan data garis dasar bagi Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan (2022-2030) memandangkan majoriti data kesihatan mulut sedia ada hanya diperoleh daripada penduduk yang menggunakan fasiliti KKM sahaja dan tidak mewakili keseluruhan penduduk Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanakan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2020: Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa 2020 (NOHSA) itu dilaksanakan selama empat bulan sejak Jun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.