KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membekalkan sektor perubatan swasta negara dengan ubat-ubatan daripada simpanan persekutuan (stok penimbal) untuk menangani kekurangan yang berterusan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandangkan bekalan ubat-ubatan semakin berkurangan, terutama bekalan ubat batuk dan selesema untuk kegunaan kanak-kanak.
"Stok penimbal kerajaan diuruskan oleh Pharmaniaga dan saya sudah mengarahkan semalam supaya didahulukan klinik dan hospital swasta yang memerlukan.
"Langkah ini sementara menunggu pengeluaran lebih stabil dari kilang ubat-ubatan dalam tempoh dua bulan lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Bengkel Transformasi Strategi dan Memperkasa Penjagaan Autisme di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata KKM telah bertemu dengan wakil Persatuan Perubatan Malaysia dan pelbagai persatuan farmaseutikal serta pengamal perubatan sektor swasta bagi menyelesaikan masalah kekurangan tersebut dan mengakui ia masih berterusan walaupun beberapa langkah telah diambil.
Sejak Jun lalu, bekalan ubat-ubatan mengalami penurunan namun permintaan pula meningkat.
Khairy berkata ia adalah susulan daripada permintaan yang lebih tinggi tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Jelas beliau, antara faktornya ialah kanak-kanak terkurung di rumah selama dua tahun akibat COVID-19, dan tidak mempunyai imuniti semula jadi terhadap virus.
Ini ditambah pula dengan rantaian bekalan ubat-ubatan global yang terjejas akibat COVID-19 di China dan perang di Ukraine.
Dalam pada itu, Khairy mengesahkan tiada laporan kes cacar monyet membabitkan jemaah Haji Malaysia.
Bagaimanapun, pihaknya menerima maklumat dari Singapura berkenaan tiga kes jangkitan tempatan cacar monyet.
"Namun dua kes baharu ini tidak mempunyai sejarah melawat Malaysia," katanya.
Madiha Abdullah
Fri Jul 15 2022
![KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657269249_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy berkata ia adalah susulan daripada permintaan yang lebih tinggi tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. - BERNAMA
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738450897_KhairyJamaluddin.jpg)
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
![Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738058869_FahmiFadzil.jpg)
Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.
![Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732269577_KetuaPolisNegara.jpg)
Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.
![Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736751807_Ahlipolitik.jpg)
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
![Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736557345_saman.jpg)
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
![KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730335668_KJKeluarSekejap.jpg)
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
![KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
![Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727590807_TBIsmailSabri.jpg)
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
![Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727172767_KeluarSekejapKJ.jpg)
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
![Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726037006_AnwarKhairyPemimp.jpg)
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.