KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diberikan tempoh sehingga akhir bulan depan untuk memastikan enam negeri mencapai kadar vaksinasi COVID-19 sebanyak 50 peratus bagi populasi dewasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri yang mencatatkan vaksinasi kurang daripada 50 peratus itu adalah Perak (46.5 peratus), Terengganu (46.2 peratus), Johor (44.9 peratus), Kedah (43.2 peratus), Kelantan (43.1 peratus) dan Sabah (37.1 peratus), setakat Sabtu.
"Saya mahu sebelum akhir September semua enam negeri ini kadar vaksinasi telah melebihi 50 peratus (untuk populasi dewasa), tak mahu ada negeri yang kurang daripada itu," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemberian suntikan vaksin COVID-19 dos yang ke satu juta di pusat pemberian vaksin World Trade Centre Kuala Lumpur (PPV WTCKL) di sini semalam.
Perdana Menteri berkata bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar, beliau telah mengarahkan pihak MOSTI supaya menggunakan bekalan vaksin sedia ada dalam negara dan tidak menunggu sehingga tempahan vaksin tertentu tiba.
"Jika vaksin kita tempah ada masalah penghantaran, tak perlu tunggu vaksin itu, sebaliknya beralih kepada vaksin sedia ada. Contohnya Pharmaniaga Berhad yang membotolkan Sinovac, mereka sentiasa sedia dengan vaksin di kilang mereka," katanya.
Sementara itu, perdana menteri berkata penghantaran 200,000 vaksin dos tunggal CanSino ke Sabah dapat membantu meningkatkan kadar vaksinasi di negeri itu.
Ismail Sabri menegaskan beliau tidak mahu rakyat menjadi mangsa COVID-19 disebabkan kelewatan pemberian vaksin hanya gara-gara pihak yang bertanggungjawab terpaksa menunggu penghantaran vaksin jenis tertentu daripada syarikat pembekal.
"Kita ada tempah melalui sebuah syarikat 500,000 dos tapi mereka lewat... kita akan ambil vaksin Sinovac. Kita tidak mahu ada gangguan terhadap PICK disebabkan syarikat (tertentu) gagal menghantar bekalan," katanya.
BACA: KKM, MOSTI diarah guna bekalan vaksin sedia ada jika tempahan lewat tiba
Mengulas isu sama, Ismail Sabri memberi bayangan Lembah Klang boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan kadar vaksinasi bagi populasi dewasa kini 89.5 peratus.
"Kalau 89 peratus mungkin dah boleh ke fasa seterusnya (PPN) kerana telah hampir 90 peratus dan mungkin banyak negeri juga boleh ke fasa seterusnya. Tunggulah pengumuman nanti," katanya sambil menambah perkara itu akan dibincangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 akan datang.
Mengenai program semalam, perdana menteri mengucapkan tahniah kepada PPV WTCKL kerana berjaya merekodkan pemberian suntikan vaksin AstraZeneca dos ke satu juta di Lembah Klang di bawah PICK.
Dibuka khas untuk pengendalian vaksin AstraZeneca, PPV WTCKL merupakan PPV Mega pertama yang diwujudkan dengan kapasiti awal sebanyak 8,000 dos sehari sebelum ditingkatkan kepada 18,000 dos suntikan pada 19 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021

Ismail Sabri bergambar kenangan bersama penerima vaksin ke satu juta dos, Zamratulazmi Sarmadi, di Pusat Pemberian Vaksin World Trade Centre, Kuala Lumpur, 29 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.