KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) telah memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases namun belum ada bukti yang konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19
"Penggunaan 'off-label' Ivermectin telah meraih perhatian global berikutan terdapat beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.
"FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID-19 pada manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal di mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata oleh itu, ujian klinikal perlu diteruskan dengan teliti bagi mengenal pasti peranan Ivermectin dalam merawat COVID-19.
Katanya KKM dan ICR telah memulakan ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) yang diketuai pakar Penyakit Berjangkit Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dengan dibantu sepasukan pakar dan penyelidik Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di 12 hospital di bawah KKM.
Dr Noor Hisham berkata ujian itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kajian dan Etika Perubatan pada 25 Mei yang menyaksikan perbandingan antara rawatan Ivermectin (dos tertentu dengan tempoh tertentu) dengan rawatan standard semata-mata.
Beliau berkata kajian itu akan melibatkan 500 subjek daripada kumpulan berisiko tinggi berusia 50 tahun dan ke atas yang dimasukkan ke hospital KKM dengan gejala ringan atau sederhana COVID-19 (kategori dua hingga tiga).
"Kajian itu bertujuan menentukan keberkesanan Ivermectin dalam mencegah COVID-19 daripada menjadi lebih serius (kategori empat dan lima) dan mengurangkan kematian.
"ICR telah menubuhkan Lembaga Pemantauan Data (DMB) yang terdiri daripada doktor biasa yang bebas, ahli farmasi ujian klinikal serta pakar metodologi bagi melindungi pesakit yang diuji dari segi keselamatan dan keberkesanan produk penyelidikan seperti ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)," katanya.
Beliau berkata kajian itu dimulakan pada 31 Mei lepas dan setakat ini, lapan pesakit telah didaftar dalam ujian klinikal tersebut yang dijangka selesai menjelang September 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021
Penggunaan 'off-label' Ivermectin telah meraih perhatian global berikutan terdapat beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.
Indonesia bakal tubuh agensi pelaburan dengan modal permulaan IDR1,000 trilion
Parlimen Indonesia akan mengundi untuk menubuhkan sebuah agensi pelaburan baharu dengan modal permulaan bernilai IDR1,000 trilion.
Pelajar SPM Dibantu APM Sandakan Keluar Dari Kampung Dilanda Banjir
Seorang Calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan selepas terperangkap akibat banjir DI Kampung Gum-Gum
Thaipusam: KTMB beroperasi 24 jam dari 9 -12 Feb dan tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberi perkhidmatan tambahan KTM Komuter yang akan beroperasi selama 24 jam, selama empat hari tiga malam bermula dari 9 sehingga 12 Februari 2025
Thaipusam: perkhidmatan Rapidkl, Rapid Penang dan feri percuma dua hari
Menteri pengangkutan Anthony Loke berkata, bagi pengguna di Pulau Pinang, RapidPenang akan menyediakan 12 buah bas dengan kekerapan 20 hingga 60 minit dari Jeti perkhidmatan feri ke Adventist
Isu veteran: ATM akan adakan sesi townhall - PAT
Dalam pada itu, Panglima ATM Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, sesi townhall bersama veteran ATM yang akan diadakan dalam terdekat.
Imej ATM: Urus persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan langkah bagi menguruskan persepsi orang ramai berikutan pelbagai tanggapan tidak tepat dilontarkan terhadap pasukan itu terutama di sosial media.
Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Jalan Pengkalan Weld akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Chew Jetty esok.
"Jangan teriak-teriak dalam dewan" - Timbalan Speaker
Kekecohan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Larut memanggil kerajaan kini sebagai kerajaan derhak berkait Titah Adendum
#AWANInews
Tak timbul isu kera di hutan disusukan, anak mati kelaparan
Tiada istilah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itu yang ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kritikan sesetengah pihak mengenai usaha Malaysia membangunkan semula Gaza.
Petani terkesan kenaikan diesel boleh serah nama kepada PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar butiran lengkap petani dan pesawah yang terkesan akibat kenaikan harga diesel diserahkan kepadanya bagi memastikan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan.
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Kematian Dr Tay: Tiada insiden buli seperti didakwa - Pasukan Petugas Khas
Siasatan dapati mendiang alami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Sistem Waktu Bekerja Berlainan usaha tingkat kebajikan petugas kesihatan - Dr Dzulkefly
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.