PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan klinik kesihatan.
Menerusi hantaran di laman Facebook, KKM memaklumkan penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
Justeru, ujar kementerian itu, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak menghebahkan maklumat yang tidak sah.
"Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan individu lain," katanya.
Sebelum ini tular di aplikasi TikTok kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menaikkan caj perkhidmatan klinik kesihatan kepada RM10 sehingga RM15 sedangkan kadar caj semasa adalah RM1. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 26 2023

Tangkap layar yang tular mengenai kenaikan caj perkhidmatan klinik kesihatan. - Foto Sinar Harian
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal
Hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.

Kaspersky beri amaran tawaran Telegram Premium palsu
Kaspersky memberi amaran mengenai tawaran Telegram Premium palsu yang tersebar di seluruh dunia dengan tujuan mencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti.

JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 Sept 2024'
Jabatan Pendaftaran Negara menafikan hantaran tular di media sosial mengenai pemberian bantuan wang tunai sebanyak RM700 yang dibuat oleh Jabatan itu.

Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.

Tilawah al-Quran: MCMC panggil empat pemilik akaun Facebook
MCMC memaklumkan, semua data yang dimuat naik oleh individu berkenaan telah direkodkan sebagai bahan bukti, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu - JPA
Menurut JPA, poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai.

KKM nafi caj perkhidmatan klinik kesihatan RM1 dinaikkan
Penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Berita Elon Musk hasilkan Robot Isteri palsu
Bahagian semakan fakta portal berita France24 mengesahkan artikel tersebut sebenarnya adalah palsu.

Akaun TikTok JPJeBID adalah palsu - JPJ
JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat.

Dakwaan polis halang upacara keagamaan di Buntong adalah palsu, fitnah
Pihak penganjur juga telah menafikan keterlibatan mereka dalam menyebarkan maklumat palsu tersebut.