PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkukuhkan Pelan Pengurusan COVID-19 melalui lima strategi utama, sebagai usaha menghadapi lonjakan kes COVID-19 ketika ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, lima strategi utama tersebut ialah pengesanan awal; pemerkasaan komuniti melalui TRIIS; pemantauan fasiliti kesihatan; komunikasi risiko berkesan; dan pendigital sistem kesihatan melalui MySejahtera.
Melalui strategi pertama, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, pengesanan awal melibatkan sistem amaran awal, atau Heightened Alert System (HAS), selain meningkatkan pemantauan komuniti di lokasi sentinel seluruh negara, khususnya kes Influenza-like Illness (ILI).
Selain itu beliau berkata, pemantauan juga akan dilakukan di hospital melibatkan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan pemantauan persekitaran air kumbahan dalam komuniti dan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Strategi kedua, kata Dr Dzulkifly, melibatkan pemerkasaan komuniti melalui TRIIS, iaitu Test (ujian), Report (lapor), Isolate (asing), Inform (maklum), dan Seek (mendapatkan rawatan).
Strategi ketiga pula, kata beliau, melibatkan pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes COVID-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi.
“Fasiliti kesihatan KKM termasuk klinik kesihatan dan hospital telah bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan jumlah kedatangan dan kemasukan pesakit ke wad. KKM sedang memantau rapi kapasiti hospital melalui Bed Management Unit (BMU) dan bersedia dengan pelan strategi lonjakan kapasiti (surge capacity planning).
“Ini termasuk kesiapsiagaan Perkhidmatan Hospital, yang terdiri daripada empat teras utama iait kecukupan akses, kelestarian rawatan, pengurusan pra hospital dan kecemasan berkaitan COVID-19,” katanya lagi.
Selain itu Dr Dzulkefly berkata, agensi-agensi bukan KKM seperti Hospital Pengajar Universiti, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi sektor kesihatan swasta dan agensi bukan kerajaan (Non-Govermental Organization) juga bersedia dan boleh membantu dari segi kesiapsiagaan bantua sokongan fasiliti, perkhidmatan dan rawatan pesakit.
Sementara itu, strategi keempat pula melibatkan pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan, seperti perkongsian data melalui media massa termasuk kenyataan akhbar, Github, portal KKMNow dan lain-lain.
Dan strategi kelima, kata Dr Dzulkefly, melibatkan pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera, seperti pelaporan ujian kendiri; pematuhan perintah kuarantin di rumah; penetapan janji temu vaksin; penjanaan sijil vaksinasi digital; dan perkongsian maklumat berkenaan COVID-19.
Firdaus Azil
Mon Dec 18 2023

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, lima strategi utama ialah pengesanan awal; TRIIS; pemantauan fasiliti kesihatan; komunikasi risiko; dan pendigitalan sistem kesihatan.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.

Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.

MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare
MIH Megatrends 2024 berjaya wujudkan perbincangan lebih mendalam tentang isu kesihatan, daripada AI sehinggalah inovasi digital kesihatan.

Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.

KKM nilai tahap kesihatan mental kanak-kanak GISB
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses menilai tahap kesihatan mental kanak kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KKM ada RM100 juta untuk baik pulih klinik kesihatan, kuarters di Sarawak
KKM memperoleh peruntukan RM100 juta khusus bagi membiayai kerja-kerja membaik pulih kemudahan di klinik kesihatan, kuarters di Sarawak.

Cadangan kadar elaun 'on call' petugas kesihatan akan dibawa kepada PM
Cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berhubung kadar elaun tugas 'on call' petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada perdana menteri.
![[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit [EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626261537_BajetMedic.jpg)
[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit
Apa yang terjadi dan isu yang semakin meruncing mengenai kebajikan petugas kesihatan akan membuatkan kerajaan kehilangan lebih ramai doktor.

Data responden NHMS 2024 dijamin sulit, tidak akan disalah guna
Data responden bagi proses bancian menerusi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) akan dipelihara dan dijamin selamat.