Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM) menaik taraf kira-kira 1,000 Klinik Kesihatan (KK) dan 2,000 Klinik Desa (KD) dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata rancangan itu termasuk menaikkan gred klinik desa kepada klinik kesihatan Tahap 7 yang turut memberikan khidmat untuk pesakit luar dan ibu mengandung.
Katanya, ada di antara klinik kesihatan dan desa dalam keadaan usang, lokasi pula di kawasan berisiko malah peralatan yang digunakan untuk merawat pesakit juga rosak dan sudah tidak sesuai digunakan lagi.
"Ini merupakan perancangan jangka panjang KKM dalam menaik taraf perkhimatan kesihatan untuk rakyat di seluruh negara namun proses naik taraf itu bergantung kepada peruntukan yang akan ditentukan kemudian," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas lawatan kerja dua hari ke kemudahan kesihatan di Terengganu dan Kelantan yang terjejas akibat banjir pada Sabtu.
Hilmi juga turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM3.5 juta bagi membina Klinik Pergigian Pasir Akar baharu ekoran klinik sedia ada sering ditenggelami air pada musim banjir.
Peruntukan RM5 juta juga disediakan untuk membina Klinik Kesihatan Alor Keladi baharu menggantikan klinik sedia ada yang terlalu usang.
Hilmi yang turut melawat Hospital Daerah Besut selepas itu dan meluluskan peruntukan RM1 juta bagi membaiki kerosakan pada dewan bedah dan klinik pakar hospital tersebut yang telah tergendala perkhidmatannya sejak empat bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017

DR HILMI: KKM menaik taraf kira-kira 1,000 Klinik Kesihatan dan 2,000 Klinik Desa dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. - Gambar fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Dua pelajar tahfiz masih kritikal
Dua pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang terlibat dalam kebakaran semalam masih dalam keadaan kritikal.

Tidak tahan tekanan antara sebab doktor pelatih berhenti kerja
Dr Hilmi mendedahkan 120 orang daripada kira-kira 10,000 doktor pelatih di negara ini dilaporkan berhenti secara sukarela atau diberhentikan daripada perkhidmatan awam itu tahun lalu.

PATI rumitkan usaha pastikan Malaysia bebas kusta
Kemasukan PATI ke negara ini dikenal pasti merumitkan usaha memastikan Malaysia bebas penyakit kusta.

Dr Hilmi bidas DAP tentang hospital patuh syariah pertama
Semua hospital, klinik serta fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini adalah patuh syariah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Lebih ramai pakar dalam bidang perubatan keluarga menjelang TN50
Kementerian Kesihatan merancang untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan keluarga untuk ditempatkan di klinik-klinik kesihatan menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pengendali makanan perlu patuhi arahan KKM - Dr Hilmi
KKM mengingatkan semua pengusaha kantin sekolah dan pengendali makanan di negara ini supaya mematuhi arahan yang ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada pelajar.

KKM rancang naik taraf 1,000 klinik kesihatan dan 2,000 klinik desa seluruh negara
Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM) menaik taraf kira-kira 1,000 Klinik Kesihatan (KK) dan 2,000 Klinik Desa (KD) dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Tiada penerbangan langsung negara terjejas Ebola faktor kemasukan jangkitan rendah - Dr Hilmi
Ketiadaan penerbangan langsung dari negara-negara yang terjejas kes Ebola dilihat faktor utama risiko kemasukan jangkitan itu rendah di Malaysia.

KMM adakan siasatan dalaman berhubung kebocoran ujian awal DNA babi
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengesahkan bahawa pihaknya melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman pertama.