KUALA LUMPUR:Kontrak seramai 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) disambung selama enam bulan lagi, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.
Beliau berkata penyambungan kontrak itu yang bernilai RM81 juta akan ditampung menerusi Kumpulan Wang COVID-19 (Tabung COVID-19)
"KKM telah menerima makluman bahawa Kementerian Kewangan pada 18 Sept bersetuju meluluskan penyambungan kontrak secara one-off enam bulan lagi bagi penjawat berkenaan. Kelulusan itu sebagai tambahan kepada kontrak enam bulan sedia ada yang diberikan sebelum ini.
"Kelulusan itu melibatkan 79 pegawai perubatan (yang melengkapkan khidmat wajib sahaja kerana telah mengikuti latihan siswazah di luar negara), 852 pegawai pergigian dan 1,139 pegawai farmasi yang telah menamatkan latihan/khidmat wajib," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr Adham berkata penyambungan kontrak itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
![KKM sambung kontrak enam bulan kepada 2,070 pegawai - Dr Adham KKM sambung kontrak enam bulan kepada 2,070 pegawai - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598181022_Covid.jpg)
Dr Adham berkata penyambungan kontrak itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM. - Gambar fail
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
![CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739073324_tbCIMBSATUPEMIMPI.jpg)
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
![Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720922589_DonaldTrump.jpg)
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.
![Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707719807_SST.jpg)
Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.
![SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736057551_SSM.jpg)
SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.
![STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737433797_LHDN.jpg)
STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion.
![Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737372336_TBmartrade.jpg)
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
![Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736959012_sprm.jpg)
Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
![SARA menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak SARA menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736823286_SARA.jpg)
SARA menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak
Kerajaan akan menyalurkan SARA melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar mulai 15 Jan 2025.
![Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024 Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736404817_tbAnisRizana.jpg)
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
![Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733930715_LimHuiYing.jpg)
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
![MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733413088_AmirHamzahAzizan.jpg)
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.