KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa menghargai jasa dan khidmat petugas kesihatan meskipun ia dilantik secara kontrak khususnya ketika negara diancam pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya bersedia untuk memperakukan pegawai yang berkhidmat secara kontrak dan memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan untuk dilantik secara tetap, tertakluk kepada kekosongan serta pewujudan jawatan tetap dari semasa ke semasa.
"Bagi anak kelahiran Sabah dan Sarawak pula, KKM telah pun memberi keutamaan kepada mereka untuk dilantik dan mengisi jawatan-jawatan di negeri kelahiran masing-masing termasuk negeri yang lain sekiranya jumlah mereka yang berjaya dilantik melebihi daripada jumlah perjawatan di dua negeri itu.
"KKM sentiasa berusaha menambah jumlah pakar perubatan di KKM terutamanya dalam bidang kepakaran kritikal yang sangat diperlukan," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata, KKM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan sekitar 1,200 slot pengajian bagi 23 bidang kepakaran untuk Pegawai Perubatan mengikuti program Sarjana Perubatan.
Selain itu, menurut beliau, KKM juga menyediakan Program Pengajian Kepakaran Parallel Pathway yang meliputi 14 bidang kepakaran buat masa ini.
"Untuk makluman, jumlah yang telah dibelanjakan bagi tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dari tahun 2017 hingga 2020 adalah sebanyak RM218 juta.
"Dalam aspek saraan pula, pakej yang ditawarkan kepada Pakar Perubatan termasuk sub-kepakaran adalah disifatkan menarik.
"Faedah yang diberikan bukan sahaja bersifat monetari, malah tawaran juga diberikan dalam bentuk bukan monetari," katanya.
Fauzi Suhaimi
Thu Nov 26 2020
Dr Adham berkata, KKM juga menyediakan Program Pengajian Kepakaran Parallel Pathway yang meliputi 14 bidang kepakaran buat masa ini. - Gambar BERNAMA
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).