KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti kemungkinan untuk menurunkan kuasa kepada fasiliti swasta supaya pegawai pengamal perubatan di fasiliti berkenaan boleh sama menangani pesakit COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini pengamal perubatan swasta tidak diberi kuasa menangani kes COVID-19 dan kes-kes berkenaan dirujuk ke fasiliti kerajaan.
"Dengan penurunan kuasa yang diberi ini, doktor di fasiliti swasta dibenarkan mengarahkan pesakit berisiko menjalani kuarantin wajib di rumah (HSO) dan memakaikan gelang untuk pengawasan.
"Selepas tamat HSO, mereka boleh mengeluarkan arahan pelepasan serta memotong gelang pesakit," katanya dalam sesi libat urus media darurat COVID-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan siri 2/201 secara dalam talian di sini semalam.
Sesi itu turut disertai oleh Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr C Suresh Kumar, Ketua Unit Viralogi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Dr T Ravindran, Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Dr Hani Mat Hussin dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Amalan Perubatan KKM, Dr Mohamed Ahsan Mohamed Ismail.
Setakat ini terdapat hampir 100 hospital swasta seluruh negara bersedia merawat pesakit COVID-19 melalui kerjasama awam-swasta dengan kapasiti lebih 1,000 katil, 65 katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 64 ventilator.
"Walaupun setakat ini kita belum merujuk pesakit kita ke hospital swasta, tetapi hospital-hospital ini bersedia untuk menerima pesakit COVID-19 dan setakat ini ada 86 kes sedang dirawat di hopsital swasta," katanya.
Selain itu, KKM juga sedang mempertimbang untuk meminda Akta 586 bagi mengawal harga ujian saringan di fasiliti swasta.
"Setakat ini tiada akta khusus yang membolehkan KKM mengawal harga, namun pesakit berhak untuk dimaklumkan harga sebelum sesuatu prosedur dilakukan, bagi Akta 586 sebelum ini kita gunakan untuk menetapkan harga siling pelitup muka," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, KKM juga sedang dalam usaha menaikkan kadar kompaun dalam Akta 342 yang ketika ini berada pada paras maksimum RM1,000.
Jumlah kompaun tersebut dilihat tidak memadai bagi syarikat perusahaan berskala besar seperti kilang yang mempunyai ratusan pekerja dan menyebabkan pandemik tersebut merebak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Dr Noor Hisham berkata, KKM juga sedang dalam usaha menaikkan kadar kompaun di bawah Akta 342 yang ketika ini berada pada paras maksimum RM1,000. - Gambar fail

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.
Suri rumah tikam suami hingga mati, tidak beri respons
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Teknologi, Semenyih, pada 16 Februari lalu.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.

KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.

Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.