KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuhkan kesiapsiagaan pelbagai aspek kesihatan dalam berdepan wabak COVID-19, termasuk meningkatkan kapasiti maksimum makmal COVID19 kepada 54,706 ujian RT-PCR setiap hari.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pencapaian itu adalah hasil kesepaduan kerjasama semua 61 makmal di bawah KKM, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Universiti Awam dan Swasta, serta makmal swasta.
Katanya, sebanyak 13 makmal Universiti Awam (UA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan makmal swasta kini dalam proses menggembeling sumber ke tahap maksimum.
"Sebanyak 42 peratus kapasiti makmal negara digunakan setakat 14 Oktober 2020. Peratusan dijangka meningkat untuk menguji lebih banyak sampel terutama dari zon merah, zon kuning serta aktiviti saringan dan pengesanan aktif kontak rapat oleh KKM," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Di Sabah, Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK), makmal di Hospital Queen Elizabeth dan Makmal Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kapasiti 2,500 ujian sehari sudah beroperasi.
"Manakala baki sampel dari keseluruhan Sabah dihantar dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Malaysia (TUDM) ke Semenanjung. Selain itu makmal di Klinik Kesihatan Tawau Kubota sedang dilengkapkan supaya dapat menjalankan ujian RT-PCR dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat," ujarnya.
Di lapangan pula, bagi membantu pengesanan awal kes positif COVID-19 lebih banyak, ujian RTK-Ag telah digunakan.
"KKM akan terus mempertingkatkan usaha bersepadu dengan pelbagai pihak untuk menjayakan usaha membendung COVID-19," tambah beliau.
Astro Awani
Thu Oct 15 2020

DR ADHAM: KKM akan terus mempertingkatkan usaha bersepadu dengan pelbagai pihak untuk menjayakan usaha membendung COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan tengah hari - Bernas
Lebih 20,000 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada 97 sekolah menerima bantuan berbentuk tajaan makan tengah hari seimbang menerusi Promak sejak Januari 2022.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.