PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membelanjakan sebanyak RM73.45 juta untuk menyelenggara jalan berlubang dan perabot jalan, di semua jalan Persekutuan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada peruntukan kerajaan untuk Kempen My Jalan berjumlah RM217.80 juta, yang bertujuan menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya.
"Setakat 30 Jun lepas, sebanyak 2,950 jalan berlubang telah diselenggara, selain kerja baik pulih perabot jalan termasuk rel adang, papan tanda, garis jalan pudar, longkang, tiang lampu, pembahagi jalan dan pembentungan, serta kerja pemotongan," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas lawatan pemantauan pengujian Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) di Plaza Tol Putrajaya di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang merangka kempen, bagi mengatasi masalah utama melibatkan jalan berlubang, lampu jalan, perabot jalan.
Nanta berkata kempen tersebut, akan melibatkan pelbagai pihak terutama pemain industri, agensi kerajaan dan swasta, bagi memastikan insfrastruktur berkenaan dalam keadaan baik untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.
Sementara itu, beliau berkata KKR akan menyediakan saluran aduan sehenti dalam bentuk aplikasi, bagi memudahkan aduan awam dan melancarkan pemprosesan aduan yang diterima.
"Aplikasi itu dapat memberi lokasi tepat kepada kita, di mana ada isu jalan rosak yang dihantar oleh pengadu supaya tindakan dapat diambil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
![KKR belanja RM73.4 juta selenggara jalan berlubang, perabot jalan KKR belanja RM73.4 juta selenggara jalan berlubang, perabot jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683722744_DatukSeriAlexander.jpg)
Nanta berkata ia merupakan sebahagian daripada peruntukan kerajaan untuk Kempen My Jalan berjumlah RM217.80 juta, yang bertujuan menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya. - Gambar fail/Bernama
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
![Jalan berlopak di KL: Hubungi nombor peribadi Shahidan di 019-4545111 Jalan berlopak di KL: Hubungi nombor peribadi Shahidan di 019-4545111](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619674681_ShahidanKassim.jpg)
Jalan berlopak di KL: Hubungi nombor peribadi Shahidan di 019-4545111
Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan akan menyelesaikan aduan mengenai kerosakan jalan di Kuala Lumpur dalam masa 24 jam.
![Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611474595_Bung.jpg)
Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.
![Sabah Memilih: Keadaan jalan teruk, pengusaha pelancongan boleh gulung tikar Sabah Memilih: Keadaan jalan teruk, pengusaha pelancongan boleh gulung tikar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598576310_kotamarudu.jpg)
Sabah Memilih: Keadaan jalan teruk, pengusaha pelancongan boleh gulung tikar
Selvestone Junit berhasrat mengangkat nama Kota Marudu seperti Kundasang dan Semporna di Sabah.