TUMPAT: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk membina semula sebahagian laluan Lebuhraya Timur Barat di Jeli-Gerik, Perak yang dijangka bermula tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya sebelum ini berdepan kekangan kos sebanyak RM80 juta hingga RM100 juta untuk melaksanakan pembinaan semula laluan itu.
"Bagi pembinaan semula di sepanjang laluan berkenaan memerlukan RM80 juta hingga RM100 juta. Namun disebabkan kita hanya mendapat peruntukan RM30 juta, kita akan melaksanakan di sebahagian laluan berkenaan.
"Perincian projek sama ada membabitkan jumlah kilometer dan bermula dari mana sama ada dari Jeli atau Gerik, ia belum dibincangkan," katanya selepas Majlis Perasmian pembinaan jejambat (flyover) dari arah Kota Bharu merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor di Wakaf Bharu, di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Media sebelum ini melaporkan, penggantian struktur laluan Lebuh Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak-Jeli, Kelantan bernilai RM80 juta antara perkara yang dibincangkan delegasi kerajaan Perak bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata masalah itu perlu tindakan segera kerana keadaan laluan terbabit meresahkan rakyat terutama yang menggunakan jalan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya sebelum ini berdepan kekangan kos sebanyak RM80 juta hingga RM100 juta untuk melaksanakan pembinaan semula laluan itu. - Gambar fail
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.

Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.

KKR peruntuk RM30 juta bina semula sebahagian lebuh raya Gerik-Jeli
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk membina semula sebahagian laluan Lebuhraya Timur Barat di Jeli-Gerik, Perak yang dijangka bermula tahun ini.

Nahas korbankan suami isteri di JRTB, orang ramai diminta salur maklumat - Ketua Polis Perak
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Gerik, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin,.

Suami isteri maut, tiga anak parah nahas kereta-treler di Lebuhraya Timur Barat
Terdapat lima mangsa dalam kereta Perodua Myvi iaitu pasangan suami isteri dan tiga lagi mangsa lain iaitu kanak-kanak.

Ibu pegawai bomba maut dalam kemalangan di Gerik
Ibu kepada seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Machang, Kelantan maut selepas kenderaan yang dipandu pegawai itu terlibat dalam kemalangan

Anggota tentera maut tersepit kemalangan dengan lori tangki
Seorang anggota tentera maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah Perodua Kembara dengan sebuah lori tangki di Lebuhraya Timur Barat.

Jalan Jeli menghala Gerik dibuka semula
Laluan di Batu 14 Jalan Jeli menghala ke Gerik, Lebuhraya Timur Barat yang ditutup pagi tadi akibat tanah runtuh kembali di buka jam 3 petang tadi.

"Empat cucu sepatutnya sampai pagi tadi," kata nenek mangsa
"Sepatutnya mereka berempat sampai kira-kira pukul 5 pagi ini tapi sekarang seorang daripadanya telah tiada," kata nenek seorang daripada mangsa kemalangan bas di km124, Lebuhraya Timur Barat.