CHUKAI: Masalah jalan terputus sering dihadapi penduduk akibat banjir berjaya diselesaikan setelah projek naik taraf jalan Persekutuan menghubungkan Chukai ke Air Putih siap sepenuhnya April lepas.
Menterinya Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek naik taraf membabitkan kos sebanyak RM192.8 juta itu dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu bermula pada Mei 2017.
"Projek ini melibatkan kerja naik taraf jalan sedia ada sepanjang 11.4 kilometer (km) dari persimpangan Tol Chukai Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) ke Jalan Persekutuan di Kemaman dengan piawaian JKR R5 yang lebih lebar.
"Turut dibina adalah sebuah jambatan baharu sepanjang 25 meter (m) di Sungai Tempurung, jambatan tebatan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 313m dan menaikkan aras jalan lebih kurang 2m tinggi di lokasi banjir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan penyerahan projek tersebut daripada JKR Terengganu kepada Kementerian Kerja Raya (KKR), di sini hari ini.
Katanya, KKR sebelum ini telah menerima permohonan daripada kerajaan Terengganu untuk menaik taraf dan meninggikan aras jalan tersebut bagi mengurangkan kesan akibat banjir selain menyediakan infrastruktur awam yang selesa dan selamat untuk para pengguna.
"JKR sentiasa memantau keperluan lebih-lebih lagi di kawasan terkena banjir. KKR ada data dan maklumat, jadi langkah yang diambil termasuklah selepas kenal pasti keperluan itu, kita cari bagaimana (penyelesaiannya) untuk kerja pembaikan secepat mungkin dengan keutamaan di jalan-jalan persekutuan," katanya.
Beliau berkata pada tahun lepas, KKR telah memperuntukkan lebih RM28 juta bagi projek naik taraf dan baik pulih 68 batang jalan persekutuan di Terengganu melibatkan kerja pavemen berkala dan tidak berkala.
Projek berkala pavemen meliputi kerja-kerja penurapan jalan dan baik pulih lapisan permukaan jalan seperti resurfacing (penurapan semula), mill and pave (mengisar dan menurap), partial reconstruction (pembinaan semula sebahagian) dan reconstruction (pembinaan semula).
Projek berkala bukan pavemen melibatkan kerja pembaikan, baik pulih, penggantian dan pemasangan baharu semua item bukan pavemen dalam rezab jalan seperti bina baharu longkang konkrit, memasang baharu perabot jalan termasuk papan tanda serta baik pulih struktur dan cerun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Nanta berkata pada tahun lepas, KKR telah memperuntukkan lebih RM28 juta bagi projek naik taraf dan baik pulih 68 batang jalan persekutuan di Terengganu. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Villa biru hanya menanti 'ditelan' laut
Ombak besar dan angin kuat yang melanda sejak tiga hari lalu menyebabkan pemilik banglo biru di tepi pantai di Kampung Tanjung, dekat sini, kembali resah dengan risiko hakisan.
Hakisan pantai ubah geografi Malaysia
Sepanjang 1,347 daripada 8,840 kilometer atau kira-kira 15 peratus daripada pantai di seluruh negara dikenal pasti mengalami hakisan sejak lebih tiga dekad lalu
Utamakan mangsa di PPS, bantuan tambahan dinilai ikut keperluan
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan harus diutamakan kepada mangsa yang berdaftar di PPS dan bantuan tambahan akan diberikan dalam penilaian seterusnya mengikut keperluan.
OP SKY: SPRM bakal panggil beberapa selebriti, artis tempatan
beberapa selebriti dan artis tempatan dikenal pasti mempromosikan perkhidmatan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama lagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Israel serang Tebing Barat sewaktu gencatan senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang Jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di Gaza berkuatkuasa.
Kerajaan kaji impak platform AI DeepSeek kepada Malaysia - GoBind
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia.
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.
Lapangan Terbang Tawau bakal lebih luas, dilengkapi pendingin hawa
Kerajaan sudah menyenarai pendek 16 kontraktor untuk dinilai serta proses lantikan kontraktor utama dijangka dimuktamadkan awal tahun depan.
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Empat daripada 27 projek naik taraf dan bina LRA alami kelewatan - LKAN
Empat projek itu mengalami kelewatan 324 hingga 1,076 hari iaitu masing-masing dua di Sabah, satu di Johor dan satu di Kedah dengan kos berjumlah RM926.79 juta.
Segerakan projek naik taraf lapangan terbang, pelabuhan - PM
Projek penyelenggaraan dan penambahbaikan lapangan terbang serta pelabuhan perlu disegerakan bagi menerima pelancong dari luar negara.
LKAN: Kerja naik taraf bangunan daif di sekolah kurang memuaskan
Prestasi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah kurang memuaskan, menurut laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KKR selesai isu jalan terputus akibat banjir di Chukai
Masalah jalan terputus sering dihadapi penduduk akibat banjir berjaya diselesaikan setelah projek naik taraf jalan Persekutuan menghubungkan Chukai ke Air Putih siap sepenuhnya April lepas.
Projek KVDT2 diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT - Peguam Kanan Persekutuan
Pihak-pihak dalam kes saman itu telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman berkenaan.
Bekas pengurus syarikat didenda RM700,000 buat tuntutan palsu
Teh Hok didakwa mengemukakan dokumen tuntutan palsu sebagai tulen bagi projek naik taraf dan kerja tanah bernilai RM17.8 juta.