MANJUNG: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan penyedia perkhidmatan tenaga solar ADL Solar Sdn Bhd hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan ladang solar di beberapa kawasan bekas lombong di Selangor bagi penjanaan elektrik.
MoU itu ditandatangani oleh Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pemasaran KSSB, Mohd Nizam Mohd Ishak dan Pengarah Urusan Kumpulan ADL Datuk Kong Yeng Kin, di sini pada Selasa. Turut hadir Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Hasrolnizam Shaari.
Mohd Nizam dan Hasrolnizam berada di sini untuk melihat sendiri ladang solar terapung milik ADL yang mampu menjana tenaga elektrik untuk menampung kegunaan hampir 15,000 isi rumah menggunakan lebih 36,000 panel suria dengan kos RM55 juta.
Hasrolnizam berkata lawatan beliau pada Selasa antara lain bagi memastikan kebolehlaksanaan pembangunan ladang solar terapung di negeri Selangor pada tahun hadapan.
"Projek usaha sama ini telah dirangka melibatkan kos sebanyak RM200 juta akan dibangunkan di kawasan seluas 105 hektar dan bakal menjadi perintis projek ladang solar terapung terbesar dalam negara yang menggunakan kepakaran serta teknologi anak tempatan.
Pembangunan ladang solar terapung dengan kapasiti 50 megawatt itu akan dibangunkan secara berfasa dan beberapa kawasan seperti di Bestari Jaya, Serendah dan Dengkil," katanya.
Sementara itu, Kong berkata projek perintis ladang solar di Perak itu dilaksanakan di dalam kawasan bekas lombong berkeluasan 12 hektar pada Mac 2021 dan siap pada September 2021.
"Projek ini boleh menjana tenaga elektrik pada kadar 15 megawatt yang disalurkan kepada Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Pantai Remis sebagai sumber tenaga baharu, " katanya ketika ditemui selepas lawatan tapak di kawasan projek itu semalam.
Kong berkata kejayaan projek di Manjung itu menggunakan kepakaran serta teknologi anak tempatan telah menarik minat KSSB untuk membawa teknologi projek berkenaan ke Selangor.
"Apa yang pasti 60 peratus hasil yang dapat dilihat hari ini adalah kepakaran warga tempatan meliputi pembuatan kabel, pemasangan dan penyelenggaraan manakala kita hanya import panel suria dari luar negara.
Memang ada banyak projek solar terapung yang sedang diusahakan namun ia dijana menggunakan kepakaran dari luar negara tetapi kami merintis sebagai syarikat tempatan yang berjaya melakukannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022

Ladang solar terapung yang menjana tenaga elektrik pada kadar 15 megawatt dengan keluasan 12 hektar yang disalurkan kepada Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Pantai Remis. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KKSB tandatangani MoU dengan ADL Solar, bangunkan ladang solar di Selangor
Ladang solar terapung milik ADL mampu menjana tenaga elektrik untuk menampung kegunaan hampir 15,000 isi rumah.

Pencemaran Sungai Selangor: Tamat kontrak, penalti jika betul cuai - KSSB
KSSB masih menunggu keputusan daripada pihak polis berkenaan siasatan terhadap pencemaran Sungai Selangor.