KUALA LUMPUR: Sebarang kelemahan khususnya dari segi perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) harus diakui dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata beliau bagaimanapun sedia maklum bahawa sudah banyak pembaharuan yang telah dilakukan pihak pengurusan KLIA ketika ini.
"Sebagai rakyat Malaysia kita kena lihat apa sebab utama KLIA telah 'diiktiraf' sebagai salah satu lapangan terbang yang tidak memberikan perkhidmatan terbaik.
"Tetapi dengan banyak pembaharuan yang saya lihat dibuat pihak pengurusan KLIA, pastinya kerajaan dalam masa yang sama mempunyai perancangan yang baik dan menarik pada masa akan datang... jadi apa pun kelemahan kena akui dan pastikan setiap kelemahan itu diperbaiki dan seterusnya jadi kekuatan dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Penyampaian Standard Kraftangan Malaysia hari ini.
Baru-baru ini, sebuah laman web menyenaraikan KLIA di kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarkan perkongsian pengalaman pengembara perniagaan.
Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) memeterai MoU bersama enam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menjalinkan kerjasama strategik dari sudut penyelidikan, pemasaran dan teknologi.
Enam IPT tersebut ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniszA) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Terdahulu, Khairul Firdaus dalam ucapannya berkata inisiatif itu menunjukkan komitmen semua pihak dalam menggalas mandat di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dengan memperkasa rakyat menerusi bidang pendidikan tinggi.
"Justeru, harapan kami di kementerian dan Kraftangan Malaysia agar kerjasama strategik ini akan melonjakkan kecemerlangan pengajian tinggi tempatan. Selain itu, usaha ini juga dapat menjadikan pengisian pengajian lebih berkualiti dan relevan," katanya.
Dalam program sama, Khairul Firdaus turut menyampaikan sijil penilaian Standard Kraftangan Malaysia kepada 154 usahawan kraf bagi mengukuhkan dan meningkatkan daya saing usahawan kraf tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
![KLIA: Akui, perbaiki kelemahan jika ada - Timbalan Menteri KLIA: Akui, perbaiki kelemahan jika ada - Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659080965_KLIAGeneric.jpg)
Baru-baru ini, sebuah laman web menyenaraikan KLIA di kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarkan perkongsian pengalaman pengembara perniagaan. - Gambar fail
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738319353_HusseinOmarKhan.jpg)
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
![Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738227258_aerotrain.jpg)
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
![Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi' Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737996063_TBjpj.jpg)
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
![DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686650514_jabatanperikanan.jpg)
DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.
![Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737458442_AzamBaki.jpg)
Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.
![Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730974557_TBAnisRizan.jpg)
Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.
![Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737706098_SEPANG.jpg)
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
![Mercedes-Benz dan MAG sediakan kenderaan mewah antara terminal di KLIA Mercedes-Benz dan MAG sediakan kenderaan mewah antara terminal di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737509036_MAGMercedes.jpg)
Mercedes-Benz dan MAG sediakan kenderaan mewah antara terminal di KLIA
Mercedes-Benz Malaysia dan Malaysia Aviation Group, telah memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal peribadi yang eksklusif, bagi meningkatkan pengalaman perjalanan mewah bagi pelanggan elit.
![Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK didenda RM700 Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK didenda RM700](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736845918_tbPolakKendon.jpg)
Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK didenda RM700
Seorang penulis bebas warga United Kingdom didenda RM700 atas pertuduhan memasuki kawasan larangan di KLIA.
![Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728397014_KetuaPengarahJIMD.jpg)
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.